Friday 29 March 2013

Salmon bukan Salman Khan yeee

Assalamualaikum...

Last week pergi Mydin Subang, ala yang entry crita budak ilang tu ni kira sambungan la ye...Lepas jumpa je budak tu aku dengan W. Jai cari ikan, pilih punya pilih tiba-tiba aku ternampak ikan salmon ni..  

Baru je dipotong-potong oleh staf situ aku tengok la harga dia kan, mak aiiiiii kenapa murah sangat seriously, 1 kg RM18.00 je gila ni. Terkejut mak, bukan ke ikan tu 1 kg tak silap aku RM30 lebih, kepala dia lagi murah dalam RM6 lebih je... Biar betul ikan dari Norway tu... Tak kan kat Malaysia dah ade ternak ikan salmon kot... Setelah memilih dengan telitinya, aku pun ambik yang slices berape ketul tah tak ingat, kepala macam nak ambik tp aku takut berbau. Sebenarnya aku nyesal tak ambik..... biasa dah makan slice salmon kan tapi kepala payah kot nak dapat.... Nyesal huhuhu..... 

Setelah balik, pening kepala aku memikior ape aku nak buat dengan salmon ni, nak grill, griller takde, nak smoke aku tak reti smoke2 ni... Cewah nak smoke bagai padahal aku dah lupa resepi dan segala buku resepi tinggal kat kampung... Aisehh asik lupa je nak amik buku resepi tu... At last...... jeng jeng jeng....................aku buatttttttttt........
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Orang slalu buat elemen2 suspend ni, aku ponnnn nak jugakkkkk....hahaha
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
wait wait, blum lagi..........tadaaaaaaaa......


Aku goreng kunyit je weh, marinate skali dengan garlic and daun kari.... habih pikior dah ni...tapi aku sedikit nyesal, patutnya aku pan fry je tak yah deep fry, InsyaAllah lagi sedap and lagi manis... Takpe next time mesti ingat jangan deep fry, pan fry sudeyyy....


Aku namakan dia Deep Fried Kari Salmon..... Ni untuk parish ye, tapi dia makan half je.... Yang dia makan banyak adalah ma and pa dia punye, takpela janji ko makan ye nak... 


So, untuk ma and pa, Kari Salmon + Bawal Emas.... Adehhh tak nampak pulak fishnye... Masa lunch tu aku ajak angkatan tentera dari umah mak mertua aku datang makan, best jugak makan ramai-ramai kan.

Ops sebelum aku lupa, untuk mengrefresh balik apa benefit kalau kita makan salmon ni aku telah menggoogle untuk mendapatkan info, yg aku ingat dia tinggi omega 3 pastu blank dah.

``Salmon is a superfood because it's high in omega-3 fatty acids, a type of fat that seems to decrease the risk of heart disease. This fish is also a prime source of protein and contains vitamin A and B vitamins. No matter what type it is–farm-raised, wild, canned, or smoked–salmon provides omega-3 fat. But the amount of the fat will vary, as will the sodium content. In addition to the heart-healthy benefits, the omega-3 fats in this fish have also been shown to promote joint health, contribute to the proper functioning of the brain and nervous system, and may possibly help prevent certain types of cancer.`` Tq cik google...
  

Jom Berkongsi

Assalamualaikum.....

Salam Jumaat semua. Hihi nampaknya blog ini hanya berupdate pada hari Jumaat saja la. Kenapa??? Sebab hari ni mood pun ok, keje pun xsemak sangat kepala, biasanya akan rasa sedikit tenang pada hari Jumaat ni la...

Sebenarnya hari lain pun rasa macam nak tulis tapi ntah xsempat la, penatla, yang paling tepat sekali adalah mim alip lam alip sin malas....hahaha

Dulu-dulu kan aku slalu pikir kalau satu hari tu aku banyak sangat gelak dan suka-suka kan for sure lepas tu aku akan nangis kire macam, balasan la ko nak gelak sangat kan, haaa amik ni nangis puas-puas pulak... Kerap pulak tu, apa yang aku pikir tu memang betul-betul jadi... Maknanya satu hari ko ketawa puas-puas, esok lusa ko akan nangis puas-puas pulak.... Rupa-rupanya kenapa perkara tu berlaku, ia adalah disebabkan kita yang pikir, kita yg nak perkara tu terjadi, so jadi lah perkara tu. sebab tu bila kita cakap, sekarang aku ketawa haa jap lagi aku mesti nangis... at the end memang betul kita nangis, sebab apa??? Sebab itu yang kita nak... 

Aku nak share sikit ye, orang kata kalu nak sesuatu tu kekal dalam ingatan kita kita kena share dengan orang lain:
Aku pernah dengar sorang partner dalam AJ ni cakap (dia ni motivator ke counselor ke aku tak sure tapi aku memang suka sangat dengar dia cakap) contohnya kalau kita cakap AKU TAK NAK CANCER, sebenarnya apa yang diproses dalam otak kita adalah, aku is diri kita sendiri, tak nak otak kita tak bleh identify what is tak nak so no meaning, and cancer is penyakit which is serious disease. So, otak kita kan clarify dia as AKU CANCER so kita akan dapat cancer tu....

See dia jadi terbalik pulak kan... So, apa yang kita kena selalu cakap adalah AKU SIHAT. So everyday kita kena cakap kat diri kita AKU SIHAT AKU SIHAT AKU SIHAT AKU SIHAT AKU SIHAT AKU SIHAT AKU SIHAT AKU SIHAT.....

 Bagi pemahaman aku kira as a conclusion nya la ye, cewah macam zaman belajar dulu lak ending must have conclusion, internal strength is the key of our life. Whether to fail or to succeed it`s depend on us, but must be balance with Doa and Usaha and not to forget Tawakal... InsyaAllah semua pun boleh... 

Pasal ketawa pulak sebenarnya dalam Islam ada cara macam mana nak ketawa kan, tapi aku kalau ketawa mana ada had-had kan, sorang-sorang pun bleh ketawa macam malam tadi tengok tv cerita senario dengan bang bang bommm, kelakar sikit je tapi aku ketawa macam nak gila... Astagfirullahhalazim....

(copy from : saljufirdausi.blogspot.com)
HUKUM KETAWA
Menurut Dr Yusof Qardhawi, "Sesungguhnya, tertawa itu termasuk tabiat manusia. Binatang tidak dapat tertawa kerana tertawa itu datang setelah memahami dan mengetahui ucapan yang didengar atau sikap dari gerakan yang dilihat, sehingga ia tertawa kerananya." Melihat kepada pendapat di atas, hukum tertawa adalah boleh. Islam tidak melarang seseorang itu untuk berseronok dengan melawak dan bergelak ketawa.



Menurut Yahya bin Muadz ar-Razi, ada empat perkara yang akan menghilangkan tawa di bibir seorang Mukmin iaitu :
1) Kerana memikirkan akhirat.
2) Kesibukan mencari keperluan hidup.
3) Risau memikirkan dosa.
4)Apabila tibanya musibah dan bala.

CARA NABI KETAWA..
- Dengan cara melontarkan senyuman yang menarik.- Tidak tertawa, kecuali apabila berhubung dengan kebenaran.Tidak berlebihan dalam tertawanya hingga tubuh bergoyang-goyang atau tubuh miring atau hingga terlihat langit-langit Baginda.Bukan berupa hal yang sia-sia, atau permainan semata-mata atau hanya sekadar untuk mengisi waktu lapang.* Ada riwayat yang meunujukkan bahawa kebanyakan ketawa Baginda ialah dengan tersenyum, dan apabila Baginda ketawa, Baginda ketawa seperti embun yang dingin. Sementara itu, ada juga riwayat yang menyebut bahawa Rasulullah ketawa dengan tidak menunjukkan gigi.


(also copy from : saljufirdausi.blogspot.com)

Tajuk entry Jom Berkongsi, kongsi info sebenarnya saja bagi orang tertanya-tanya hihi .... k bai lalalalalala....






Tuesday 26 March 2013

5 minit yang mendebarkan

Assalamualaikum....

Sabtu lepas W. Jai dan aku dah plan nak pergi kenduri kawin saudara aku kat Rawang. Serious macam malas nak pergi lagipun ada program AJ di Kuantan. Tapi since aku dah janji dengan sedara aku ni so terpaksa la jugak pergi. Dia memang beria ajak, bila aku kata InsyaAllah datang dia macam `eh datang tau, acik tunggu ko`. Alaaa dia sampai dah ajak camtu aku memang takde alasan lagi nak cakap la.

So, Sabtu tu dalam jam 11 pagi, kami ikut Latar, tup tup dah sampai, aku memang bajet japgi sesat la pe la sebab aku tak ingat jalan langsung, even dah 4 5 kali aku datang rumah dia masa aku kecik-kecik dulu la. Memang takde la gambar kenduri ke mende sebab anak i is tak bleh duduk diam. Dia macam resah je, hishhhh geram betul. Sebelum ni ok je tapi sejak dua menjak ni dia macam tak suka pergi kenduri. Lepas makan semua, salam2 dengan sedara aku pun mintak diri dulu dengan alasan anak tak nak duduk dah.... hihi bagus bleh balik awal. Tapi aku memang tak nyesal pergi sebab saudara aku tu cakap dia hargai sangat aku datang, rupanya aku ni kira wakil dari Penang la, sebab dari Penang sorang pon takde datang. Sedara kat Rawang ni kira slalu turun Penang la kalu de kenduri ke ape, so tiba2 rase wahhhh aku penyelamat....

Eh nak crita pasal 5 minit tu sebenarnya tapi melalut crita kenduri plak. Ok lepas kenduri tu kami tak balik terus, kami singgah ke Mydin USJ. Terjadi la peristiwa yang tak akan aku lupakan seumur hidup aku, serious amat menakutkan seumur hidup aku jugak. 

Crita nya gini, macam biasala masuk hypermarket tu aku ngan W. jai  biasa akan jalan sekali la, tah macam mana sampai ke tempat barang basah W. Jai g tempat beras aku g tempat barang2 beku, masa tu aku tengok Parish dengan pa dia, so aku bajet W. Jai tau la yang anak dia dengan dia. Lepas lebih kurang 10 minit aku ambik drummet, sausage dengan wedges aku pergi tempat beras. Aku tanye W. Jai, mana Parish???? Dia cakap tak tau, dengan syg kan tadi?????.... Hah sudah serious aku rasa nak pitam, nak nangis semua ada...... MANA ANAK AKU?????? YA ALLAH apa aku nak buat ni..... Aku campak semua barang, aku cari dia tempat yang last aku nampak dia.... TAK ADE..... Aku lari sana, aku lari sini tak nampak kelibat dia.....  10 minit tu macam2 boleh jadi kot.... Aku try bertenang dan try dengar suara dia kot2 dia nangis ke ape..... Tak dengar sebab bising..... Pastu aku jerit, aku tak kisah dah orang pandang aku ke ape... Aku jerit Parishhhhhhhhhhh...... Parishhhhhhhh.... Parishhhhhhhhh.......... Pastu aku dengar macam suara budak...... Mamaaaaaaa...... Mamaaaaaaaaaaa.......... Mamaaaaaaaaaaa.......... Aku lari kat tempat coklat2, tiba2 aku nampak dia dengan tangan kiri pegang coklat tangan kanan tekup telinga dia sambil jerit Mamaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....... Aku terus dukung, hug dan kiss dia. Terima kasih Ya Allah kerana masih bagi aku masa untuk bersama dia.... Lepas je jumpa dia balik, W. Jai ngan aku gilir2 dukung je dia sepanjang dalam Mydin tu walaupun rase sengal tangan ngan pinggang ni. Sampai la dia tertido masa aku pilih2 sayur. Masa tu hujan lebat gila, hujan rahmat agaknya.

Aku rasa seumur hidup aku incident ni adalah yang paling gila takut, cuak, fobia semua la.... Hilang anak kot... Dia terpisah dengan kitaorang maybe dah 10 minit, pastu baru aku sedar pulak tu..... Masa tu aku dah bayang dah muka aku masuk paper dengan tajuk `Ibu yang cuai menjaga anak di Mydin`... Abis kuar kat fb, tv radio semua muka aku.... Pastu orang salahkan aku tak pandai jaga anak, eiiiii ya Allah mintak simpang la. Nasib baik Allah lindungi dia.... Dalam tempoh 5 minit mencari tu adalah yang tak akan aku lupa seumur hidup..... Allah nak ingatkan aku supaya jangan cuai dalam menjaga dia agaknya.... InsyaAllah lepas ini aku akan lebih beware dalam menjaga satu satunya (buat masa ni) harta dunia akhirat yang aku ada tu. Thank you so much ya Allah....

peribadisurianiblogspot.com
Tak dapat bayangkan kalau apa2 jadi kat dia............ Permata hati dan jiwa......

Rilek je g lepak kat meja pengantin orang....

Heppppp diam2, tangkap dan dukung saja la......












Friday 15 March 2013

Harapan Lagi

Assalamualikum,

Salam Jumaat yang indah lagi tenang kepada semua. Harapan itu masih lagi menjadi harapan. Aku kecewa tapi aku harus redha dan percaya sesungguhnya ada hikmah dari Allah SWT. 

Duhai hati:

Bertenanglah

Bersabarlah

Kuatlah

Tabahlah

Tetaplah

Terimalah 

dan Percayalah

Sesungguhnya harapan ini terlalu besar untuk dimakbulkan olehNya. 

Hikmah atau rahsia apakah yang terlindung disebalik semua ini ya Tuhan. 

Aku semakin lemah ya Allah. Aku semakin rapuh dan jiwa ku semakin hancur. 

Harapan ini terlalu berat untuk ditanggung. 

Ya Allah hanya 1 pintaku aku mohon padaMu kuatkanla IMAN ku.


Macam mana ye nak cakap kat boss untuk lepaskan aku dengan pengganti kemudian. Banyak sangat penghalangnya, kerja aku sapa nak buat nanti, apa kata boss JDS plak nanti, dengan audit bagai, at least ada sorang yg boleh diharap pun jadila malangnya tiada. Ya Allah rungkaikanlah kekusutan ini. 

Tuesday 12 March 2013

Ayang Amuuuu


Assalamualaikum.....
Hi Sayang Ma....

 Sayang apa khabar dengan mu
Di sini ku merindukan kamu
Ku harap cinta mu takkan berubah
Kerna di sini ku tetap untukmu


Sayang apa khabar dengan mu
Cobalah kamu telepon diriku
Ku rindu dengar suara indahmu
Kerna dirimulah semangat hidupku



Sayang dengarlah permintaan ku
Jangan ragu kan cintaku
Sayang percayalah apa kataku
Kerna ku sayang kamu



Sayang dengarlah permintaanku
Jaga hatimu untukku
Sayang dengarlah bisikan hatiku
Kerna ku sayang kamu


Ma i wanna fly....

Sayang ma, tak sihat ye...Mama doakan Paris cepat baik ye, mama susah hati nak balik sini Isnin pagi hari tu sebab mama tau Paris tak baik demam lagi. Mama dah try bagi ubat but kali ni still tak baik jugak...hmmm adakah teknik masukkan ubat dalam susu dah tak bagi effect kat Paris, nanti mama check. Mama bukan tak nak bagi ubat direct kat Paris tapi hari tu try bagi paris muntak habis segala nasik, susu semua keluar balik. Paris susah sikit nak makan ubat dari baby lagi. Harap sayang ma cepat baik ye.


 Gambar bawah ni bukak candid ye paris saje pejamkan mata sambil kedip2 mata sebab mama suruh senyum tapi Paris tak nak dah....


Ha yang ni je nak senyum pastu tak nak dahhh haha...


 Dia buat2 sakit mata la hahaha....


Dear son, mum miss u sooooo much, hanya Dia sahaja yang tahu macam mana mama rasa saat, detik dan ketika ini.....





Dessert nyum nyum

Assalamualaikum....

Hi, kawan-kawan suka makan dessert tak? Aku??? Mestila suka, dolu2 aku tak suka sangat dessert2 ni sebab manis kan..Tapi sejak dua menjak ni aku suka, tapi aku hadkan la jangan sampai tiap2 hari ko blasah dessert, dapat diabetes nanti teruk nak control. Layan la gambar2 pemanis mulut yang dah masuk ke perut ku ini....Ni kira yang homemade la ye, kalau yang beli jangan kira sebab aku tak akan ingat nak ambik gambar tau2 dah tinggal bekas hihi...

 Pavlova Akak Maria

 Ice Cream Goreng, takut ingat calorie dia tapi aku tetap belasah 2 3 ketul

Sagoo Honey Dew, my favorite bila gila nak makan benda sejuk dalam mulut

 Egg Tart, favorite jugak and will become my small project tapi tergendala la pulak..huhu

Sagoo Cendol, erk ok la tapi i xsuka dessert yg ingredient dia guna santan... erkk muak la

 Dodol hah dessert warga emas, ok la kalau sikit kalau banyak erkkk muak jugak...gila penat buat benda alah ni....

Sekian saja dari dapur Kak Yuhoooo.....Berjumpa lagi di siri akan datang....heh heh...