Thursday, 29 August 2013

RAYA 2013

Assalamualaikum.....

 Huhu aci tak crite semua pasal raya dalam 1 entry nih.... Huhu gile lambat update kan... Walaupun hari ni dah 22 Syawal tapi saya tetap nak wish Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin diatas segala ketelanjuran kata mahupun perbuatan yang sengaja atau tidak kepada sesiapa yang ada kaitan dalam blog ini ye...

Tahun ni aku beraya di rumah family in law dulu sebab tahun ni turn sini huhu... Tapi raya kedua malam aku dah chaww balik Penang, aku bukan ape sian dekat mak dan ayah. Raya first memang adik aku ada tapi raya ketiga dah nak balik so kesian la kan, orang lain masih beraya tapi rumah mak ayah aku dah kosong.... So cuti aku start 1 hari sebelum raya, sempat la nak masak2, beli barang untuk rumah in law aku and last minute shopping kan. Tahun ni kami tak buat kerja gila macam tahun sebelum ni di mana, malam raya kami berada di kl ok, shopping dan jalan2. Giler penat dowhhh....

Kejadian yang aku tak boleh lupa raya kali ni adalah, tu haa si Mat Parish, korang nak tau dia seboleh-bolehnya taknak pakai baju melayu yang aku dah tempah untuk dia.... Seriously frust sangat ok, sempat la pakai dalam 5 minit kot, tu pun dia pegang je baju dia taknak lepas kan... Layan la gambar budak bertuah ni.... Harap dah besar nanti tak la cam gini lagi....




Tengok tu punya la tak nak pakai, dia pegang je baju dia tu........



Eiiii cubit kang budak bertuah nihh..... Sayang mama, sayang mama.....

Nak tengok gambar raya kami huhu....


Haha aku tak upload kat fb pun sebab malu, anak aku tak nak pakai baju raya ok... So sepanjang raya dia pakai jeans and t-shirt je ok... Nasib baik beli banyak t-shirt untuk raya ni...

Jommm la layan gambar raya yang ada ni... Time bergambar ni, Parish tido so xde gambar dia sangat. Gambar yang pakai pampers tu dia baru bangun...


Dah besar adik2 ipar ku... Dah bleh geng2 melaram...


Mak bersama anak2nya...


Mak and abah bersama anak2 pompuannya... Semua available except yg baju biru tudung kuning sbb baru kawin huhu..... 


Pengantin lama....



Model baju raya, hangin aku baju raya aku tahun ni, kain dia berkedut seribu even dah 40 kali iron....tensi betulll...


Baby Ulfah, cute gile pakai tudung tapi sekarang tak baby lagi sebab mama dia dah bersalin pulak... hahah...


Masa ni pergi beraya rumah pakcik W. Jai dulu sebab nenek dia ada di situ...


Sesi beramah mesra bersama acik2 W. jai...


Ni la nenek W. Jai, comel kan... huhu


Acik Ain bersama Parish, tengok dari pagi ke malam jeans aje...



Masa ni 2nd day raya, pergi rumah atok W. Jai pulak...Stress baju ni aku nampak gemukkkk....





Adehhh cam malas la pulak nak cite pasal raya dah kite sambung lain kali ek... Aku penatla buat floor plan... huhu konon.... ok la layan la gambar raya ni pulak, yg proper sikit budak kecik ni pakai....