Friday 17 May 2013

Percutian tak dijangka......................Part 2

Assalamualaikum..............

Hahaha ade pulak part 2 kan. Aku saje jer nak masukkan gambar2 yg ada lagi nih.... Semakla simpan banyak2, aku rasa camera digital buatkan kita simpan terlalu banyak gambar la. Dah la nak snap berapa banyak pun boleh, kalu camera dulu2 kan terhad kita akan shoot yang betul2 confirm cantik je. Ehhhh membebel lak, layanla gambar2 yang ade nih... 

 Masa ni dah last day, saje round2 mall ni. W. Jai berkenan t-shirt puma so dia rembat 2 helai. Ok la ada lest 60% murah la jugak...

Amboiiiii cik adik termenung ape tu... Ni korang tengok dia duduk belakang tali kan jap gi tau2 dah kat depan tali betul2 hujung tebing nak masuk kolam tu.... Eiiii jatuh tak pasal je... 

 Nak pegang pun tak nak dah....


 Peaceeeeee....

 Parish buat peace, hahaha jadi 1 Msia plak.....



Berlari-larian dia dalam mall ni pastu bleh plak yak yak.... Cari toilet pulak......

Banyak giler ikan koi ni dalam mall tu....

 Time ni nak balik dah... Ni dalam feri nak ke Kuala Perlis... Nasib baik tak ribut... Mak aku crita masa dia nak datang dari Penang takde feri ke Langkawi sebab ribut. Dari Kuala Perlis jer ada feri Kuala Kedah pun takde... Seram gak masa nak balik tu.... Mak aku kata ramai gila orang termuntah-muntah dalam feri masa dia datang tu.... eeeeyak keeeee.......





Seat aku dengan mak kat depan, W. Jai kat blakang so dia main panjat-panjat je bila dia nak pergi kat pa dia.... Parish parish.....

Anak bapak..... Ramai gila orang kata muka Parish sebijik bapak dia .... Ye la kot kat mata, kat hidung ngan mulut.... Yang pasti aku yang memberanakkan dia ok.....

i Love Langkawi..... Kalau ada duit je la......



Lepas je dia susu terus tido sampai la Jetty Kuala Perlis.... Pastu tak nak bangun bangun sampai semua orang dah kluar baru kitaorang kluar.... ok la, tu jer nak crita pun.....

Tuesday 14 May 2013

Percutian tidak dijangka...... Balik mengundi, melawat saudara, berbengkel, berkursus dan berjalan-jalan di Langkawi....

Assalamualaikum.....

Misi last minute nak balik kampung kali ni sangat mengujakan. Aku suka sangat kalu last minute planning ni... SElalunya akan best dan perkara luar jangkaan akan berlaku...

Pada awalnya hanya plan nak balik kampung untuk mengundi, sebelum kawin aku memang ngundi di Penang tapi dah kawin ingat nak ngundi di Slangor je tapi nampak gayanya still ngundi kat Penang kot... Macam best pulak, perasaan tu macam nak balik raya di kampung..... sangat syok u know.... Tapi tanpa diduga minggu last sebelum tarikh ngundi tu aku tErima surat untuk Bengkel GMP di Penang pada 9 hb dan Kursus di Langkawi pada 10-12 hb.... Hahahhaha memang cantik sangat la kan. Dari nak balik 2 @ 3 hari jer dah jadi  seminggu..... Aku memang slalu berniat nak kerap balik kampung, sementara mak dan ayah masih ada kan, aku memang nak spend time dengan diaorang lama-lama. Alhamdulillah Allah dengar doa aku....

So, pagi 5 hb W. Jai pagi-pagi dah siap nak pergi ngundi (awal la sangat aku suruh pergi tempat ngundi jam 8.00 dia pergi jam 9.00). Tak kisah la parish pun tido lagi tu... Lepas jer dia ngundi kitaorang terus gerak balik kampung... Wah tak sabar nih, tapi aku risau gak takut jam sebab masa hari Jumaat dan Sabtu tu gila jam kat PLUS dan LPT serta tak lupa jalan lama balik Kelantan. Alhamdulillah tak jam Ahad tu....

Aku sampai Penang pukul 2 lebih petang, tak sampai 5 minit aku settle ngundi. Mak aku ada kat rumah tok, so pergi rumah tok dulu, lepak2 jap dan terus balik rumah mak aku. Pukul 3 lebih camtu baru kitaorang lunch tapi puas ati makan sambal sotong yang dah lama aku tak rasa mak aku masak. Petang tu W. Jai terus membuta, mak aku ajak gi tengok rumah sewa yang dah hampir siap tak jauh dari rumah mak aku. Ok la rumah tu cuma aku geram tengok tingkap dia kecik sangat... Apeke tingkap hall dia kecik sangat, tah pe2 tah. Tapi dah siap kan, tak guna la nak cakap apa pun... Takpela rumah sewa je. Penyewa rumah tu sure selesa nanti, gila besar kot hall dia siap ade 2 lagi....

So hari isnin petang tu W. Jai balik Klang dulu sebab dia kene kerja hari SElasa sampai Khamis and Jumaat dia ada kat Penang balik sebab pagi2 tu kami nak ke Langkawi. Hari Khamis tu aku ade bengKel dekat Equatorial Penang. Mula-mula macam risau gak sebab nak bagi mak aku jaga si kecik tu. Nasib baik dia ok jer. Bila dia tanye ma aner??? Mak aku cakap mama kerja, jap lagi mama balik yer... Dia ok jer la... Tengah hari tu mak aku tak masak pun, Mak ngan ayah aku bawak dia makan kat kedai... Haiiii dari anak sampai ke cucu bawak makan kedai jer.... Takpela si Parish tu pun suka makan di kedai. Mak aku cakap dia makan drumstick ayam sampai 2 ketul. Petang tu ayah aku bawak dia round2 pergi tengok lembu la, pergi kebun la, suka la dia kan.... Aku balik tu dia macam buat tak tau jer, eh eh dah pandai merajuk pulak... Anak aku ni aku tengok kita tak boleh cakap pasal dia depan2 nanti dia macam nak marah, kena cakap blakang2 sikit so dia tak tau, sensitip lah plak.....

So, esoknya jam 6 pagi kitaorang dah gerak ke Kuala Perlis sebab nak naik Feri ke Langkawi dari sana. Sampai Jetty jam 9 tapi 10.30 baru dapat feri... Aku risau je lambat sebab pukul 2 aku kene lapor diri dah, dah la aku tak check in kat tempat kursus aku tu, aku pergi duduk motel dekat Chenang. Plan asal mak aku ikut skali tapi tak dapat sebab dia keje so hari Ahad tu baru mak aku datang sendiri kat Langkawi.

Sama jer cam 5 tahun lepas aku datang dengan W. Jai, masa si kecik takde lagi so 1 pulau ni kitaorang jelajah. Tapi kali ni hanya misi bershopping je la. Tak sempat nak naik cable car ke pe... Takpela next time....

 Dalam feri parish tido je, pergi dan balik... Bagus senang aku nak jaga.....

 Yeaaaaa dah sampai. Nasib baik tak pening, ombak kuat jugak la....

 Petang lepas kelas aku bawak si kecik ni mandi laut... Padahal kat Penang sebelum tu dah mandi laut.. Budak ni memang pantang nampak laut... Suka sangat....

 Aku lupa nak bawak swimming suit dia so pakai je pe yang ade...

 Ombak yang agak kuat tapi disebabkan pantai dia yang panjang so tak bahaya sangat kalau nak mandi...

 Mula2 konon eiiii ape ni, ape niiiii... Lepas tu nak pegang pun tak bagi....

Eiiiii acahhhh... Konon sluar basah pastu ko berguling kat situ kan.....


Layan la yeh gambar2 yang ade nih, banyak gambar kat pantai je... Yang jalan2 tak ambik pun... W. Jai ni konon jer bawak camera tapi takde dia ambik sangat....




 Ala-ala sukanya dia......



Ha bawah nih gambar yang aku ambik... Cerah je kan, yang dia ambik gelap jer...






W. Jai POYO... Hahaha kat sini jer brani kutuk dia, kat depan i takut sikit laaa....
















Ahad petang tu baru kami bershopping sakan, aku beli chocolate banyak giler, barang dapur sgala sudu, sudip, magic cooker, pan IS dan HIG yang murah giler, kualiti tak tau la lagi yek, kita tunggu la tengok camner kan. Yang paling best aku dapat beli set buffet ke pe orang panggil tapi yang untuk portion kecik la dalam 10 orang makan je.... Pastu masa nak balik gila pening... Tak cukup tangan nak bawak doooo... Giler sakit tangan aku..... Ceh padahal W. Jai yang bawakkan...

 Ok la nanti sambung lagi la, dah pening la cari gambar mana tah gambar yg naik feri masa balik tu... ok cau....