Tuesday, 25 September 2012

STAR CRUISES TRIP 4D3N PENANG-PHUKET-KRABI Part 1

Assalamualaikum...

Trip ni sebenarnya dh sangat lama, pertengahan bulan May 2012 aku, W. Jai, Parish dan mak aku pegi. 12 hb tu kami balik Penang dulu, ambik mak pastu mintak tolong jiran sebelah hantarkan kami ke Port tempat Cruises berlabuh. Dekat je dengan Jetty Penang tu. Bag kami dengan pasport semua dah stanby dari Sijangkang lagi. Aku kalau nk pergi jalan ke, nak balik kampung ke suka prepare last minit. Dari Bentong sampai je Selangor trus packing, 2 jam pastu sure dah bertolak. Penat ke tak aku tak kira, semangat nak jalan tu masih membara, so kene cepat2 masuk je kereta terus ngantuk. Biasa aku teman la W. Jai drive sekejap, dah tak tahan sangat aku ngan Parish pun tido....

Tak sabar nak naik ni....


Parish with Tok...





 Masa ni tengah tunggu team AJ, sebab kami pergi in group so kene check in skali. Ni kt luar port tu. Aku risau je Parish pergi kat tepi bridge tu. Ade ke patut dia letak besi2 tu je buat divider....

Pa with friends...


Check in Libra Star Cruise ambik masa lama gak. Parish pun dah ngantuk dan ngamuk jugak la. Masa ni dah tunggu kat dalam port.




Ni kat restaurant dia, apa nama aku tak ingat dah. Masuk je cruise kami jalan2 kenal tempat dulu. Cari kat mana tempat nak makan, kat mana pool dll. Tak silap aku ada 8 deck utk Libra ni, kalau Star Cruise lain lagi tinggi katanya tapi masa kami book ni tinggal Libra je yang ada. Masa nak masuk ni semua kene bergambar dulu, ko nak beli ke tak nak ke kene gak gambar. Aku mula tak nak beli, last2 beli gak bila dah tengok ade gambar kami. Memang mahal la, tak silap aku dekat RM200 lebih bayar gambar je...

Ni salah satu gambarnye, ada satu tu dengan perempuan seksi aiyakkk.... Parish pandang je awek tu, aiseh...Tengok gambar atas ni, Parish takut sebenarnye tapi aku paksa gak bergambar hahaha....

Dah jalan2 tengok tempat kami pn masuk kabin (room dia la). Memang agak sempit tapi okla untuk kami 4 orang.Parish masuk je cabin terus tido sampai pukul 7 malam baru bangun. Lepas mandi2 dan siap2 kami ke deck yang ada restaurant sebab malam tu ada BBQ dan celebrate Mothers Day, syok gila aku makan smpai lupa ambik gambar. Ciss 1 pun takde.



Kat toilet plak aku g bergambar....tak senonoh betul....


Malam tu tido dalam kepenatan. Bila malam je aku risau, takut parish susah tido, dah la buai takde, scary betul. Alhamdulillah dia senang tido butttttttt the problem is tengah2 malam dia trjaga terus nangis, adoiiiii sabor je la.....tp dia tido balik la. Pagi tu ade aktiviti sukaneka tp aku, mak dan parish tak ikut, sbb parish bangun lambat.....Dia bangun je pa dia balik bawak medal sarung kat dia. Pa dia menang game pe tah...Tengok tu dia sengehhhh itu tanda cukup tido....



Tengah hari tu lepas lunch cruise berhenti dekat Phuket. Kitaorang tunggu kat lobby dulu bila semua dah ada baru turun dari kapal. 










Cruise ni tak pegi kat semua tempat, ye la mane sempat kan, tengah hari sampai petang pukul 7 je. Pastu dah kene naik kapal balik. Turun Puket kami naik bas ke tempat jual cashew nut, mcm2 jenis perisa ade, gila aku merasa semua,ade yg pedas gila sampai trbatuk2. aku beli la 3 4 jenis. Masa ni aku dgn W. Jai je turun. Mak tak turun jaga Parish, hihi sian mak kene jaga cucu lak. Masa naik bas ni parish happy sangat tercapai impian dia nak naik bas. Aku tak tau la pesal dia suka sangat dengan bas. Pantang tengok bas kat jalan, ni pulak dapat naik....





Lepas ni kami pergi tempat shopping t-shirt, gila murah sangat t-shirt yg tour guide tu bawak. Sehelai sampai jatuh Rm7 je. Gila murah dan kain dia pun not bad la, sedap je pakai aku borong banyak gak la t-shirt i love Puket, Hard Rock Puket, cap n key chain. Dah murah tu yg  tak hengat membeli tu. Again no gambar sbb aku tak ingat dunia membeli, nak plak anak de org jaga tenang sikit aku membelek2 brg. 

Ni gambar masa baru turun Puket (lupe lak).



Dah puas bershopping, tour guide yg mulut sangat la peramah bercerita mcm2 tu bawak ktorg ke tempat shopping yg branded sikit, de butik Nike, Adidas, FOS dan lain2. Harga lebih kurang cm kt Malaysia je, so xbeli sgt, W. Jai sapu slipper Nike sepasang sbb dia tak bawak slipper. Gambar dengan tok lagi. 


Di Patong City Phuket...


Ni sebenarnya dekat FO tadi, gambar aku dah tunggang langgang, malas nak betulkan...

 Bas bergerak plak ke pantai Puket, masa ni ktorg ingat bleh la nk mandi ke pe tp tak dapek pon. Lagi pn dah pukul 6 lebih dengan pantai yg ombaknya masyaAllah agak besar la. Tourist lain pn lepak2 je. Parish nampak je burung merpati terus kejar,pastu mata terpejam2 takut ke pe tah.




Eh sambung lain hari la yek, aku nak gi tukar tayar kreta la dah janji ngan kedai tayar tu pukul 5 i datang tukar tayar. ok cauuu

No comments:

Post a Comment

Jemputla komen...