Tuesday, 16 October 2012

Oktober AJ Schedule

Assalamualaikum...

Aktiviti utk bulan 10 ni sangat padat, Ya Allah permudahkan lah segala urusan ku dan kau murahkan lah rezeki aku serta teman2 ku semua. Smoga rezeki ini diberkati dan jauhkan kami dari kelalaian duniawi hingga lupa kan Akhirat mu..

7 hb - Training AJ di Sg besi oleh CEO (best giler)
8hb - Office baru di Melaka
13hb - Affiliate Summit di Pearl Hotel
18-19 hb - on air di Pahang FM
20hb - Preview di Kuantan
21hb - Preview di Temerloh

Caiyok2 kita mesti boleh buat, ingat challenge urself wth something u know u could never do, n what u`ll find is that u can overcome anything.....anythinggggg.......



Steamboat lagi kt Johnny`s plak

Assalamualaikum...

Ahad aritu lepak kat rumah je pastu dah tengah hari bosan gile, ingat nak pergi tesco cari barang rumah sikit skali sil aku tanye nak g mana2 tak sbb nak mintak tolong hantar dia balik UiTM dihatiku. Aku suka je bleh la lencong2 kat Shah Alam nanti. Dulu masa study situ aku slalu berangan nak beli rumah kat sana tp sekarang tengok harga rumah sana, mak ai xmampu nyah. Lagipun sekarang Shah Alam dah tak best sangat dah macam KL asik jam je. Dulu2 mana ade, tenang je jalan ke mall ke.

Dah hantar sil kitaorang g PAS Plaza Alam Sentral nak cari baju Gala Dinner kat Genting nanti skali tengok banyak yang xde size daaa...parish pn dah ngantuk kitaorang masuk balik kreta n tidokan dulu budak kecik tu...Mak ai dia tido dari kul 5 sampai dekat kul 7, bosan plak aku nunggunya...dekat kul 7 camtu W.Jai cakap kejut je kang dia susah tido malam nanti.

Bila budak kecik dah bangun kitaorang masuk JJ Bukit Raja niat di hati hanya nak g Johnny`s sebab aritu xpuas lg makan steamboat. Skali tengok ada sale daaa...xpe2 kta g sapedek dulu...nasib baik que pun tak panjang sangat so bleh la masuk Johnny`s dengan cepatnye....





 Aku ambik yang set untuk 2 orang tu, gila banyak jugak la kami berdua je nak abiskan.. pastu aku xambik soup aku tukar tomyam baru kawww... Parish MasyaAllah dah makin besar ni sabar je la, xreti duduk diam...Last2 aku bg ipad barula senyap sikit dia bukak mulut je aku suapkan telur, dekat 2 biji telur gak dia belasah. Suka aku bila tengok Parish Makan.






Tengok gambar atas tu, tu kaki2 orang tengah tunggu turn nak masuk Johnny`s, giler ramai ok, masa time puasa aritu lagi la..Panjang nak mamp orang que tak sanggup aku la...

Lepas perut dah kenyang misi mencari baju dineer diteruskan...Ingat nak cari suit utk Parish, masuk JJ tengok kot dia je dekat RM 180, giler la W. Jai kata kot dia lg murah jom2 cari tempat lain. Masuk Soda Kids, memang nampak dah 1 suit ni ada sale plak tu, bila nak angkat je tanya size dah habis plak cehhhh geram betul la...Memang smart la ingat nak cari Soda Kids kat lain plak...





Tengok budak kecik tu dah pandai berkawan dah, kawan tu buat ape semua dia ikut, bila nak balik ngamuk sakan dia, awan awan dia cakap....Sudah2 xde masa dah ni...

W. Jai nak makan ice cream kat Baskin Robin pergi la beli skali parish nak. Aku ngan W. Jai xbagi dia pegang tapi dia beria nak pegang sendiri siap ngamuk2 tido kt lantai nangis sekuat ati, nak pengsan aku tengok anak sendiri jd cmtu. Aku bukan ape takut dia campak ke lantai je, hobi dia kan xsuka campak je. At last aku bg gak dia pegang suka la dia kn, skali dah meleleh2 tu aku bagi W. Jai bersihkan skali W. Jai ngap habis, aduhhh ngamuk lg la dia. Pe la pa ni aduhhh 1 hal lak niiii.....

Last2 baju ape pn xbeli aduhhhhh Parish dah besar dah boleh cakap sikit n paham bila orang cakap, dah pandai marah2 n ngamuk xingat.....yang pasti lepas ni susah sikit la nak shopping, pening pale nk jaga budak kecik ni, dia dah pandai lari laju2....waaaa penatttttt...(sikit la)




 Oppppsss bukan oppss ye tu dia seriau namanya, dia kan jenis kalu de benda yg di acu2 kt muka dia, dia jadi seriau....xtau la nak explain camne....tu dia seriau bila nampak flash kt camera terkelip2 mata dia menahan seriau, pe2 je la nak.....

kla nak break jak, dh lunch time daaa....byeeee




Friday, 12 October 2012

ANUGERAH

Assalamualaikum...

Jika bercakap pasal anugerah tiada yang lebih bernilai di dunia ini daripada anak. Manusia boleh berubah tanpa dijangka bila ia berkaitan anak. Anak merupakan sesuatu yang istimewa dan paling ajaib bagi setiap manusia. Manusia sanggup berkorban apa saja hanya untuk anaknya.

Itulah yang aku rasa apabila aku tau ada 1 lagi nyawa di dalam perut aku dulu. Sekarang baru aku tau kenapa ibu2 sayang sangat anak mereka sampai sanggup buat apa saja demi anak tercinta.

Kalau orang bercinta bagi yang normal la, dia boleh terima akan kehilangan atau perpisahan jika berlaku sebab apa, sebab boleh ada pengganti tapi kalau anak, kalau dah hilang boleh nak ambik anak orang jadi anak kita, kalau boleh sekalipun kita tau itu bukan anak kita.

Harapan aku suatu hari nanti Allah izinkan aku untuk bersama anak aku setiap masa seperti mana orang lain, aku tau Allah duga aku sebab dia tau aku boleh hadapi tapi wahai Allah kesabaran aku itu sudah semakin menipis Ya Allah, semakin sesak nafas dan hati ini setiap kali melihat ibu bersama anak mereka bersama bermanja, meluangkan masa bersama.....Aku ingin rasa bahagia itu setiap masa Ya Allah...

Melelehhhhh hihihi anak anak...


Thursday, 11 October 2012

Are u Mix Blood???

Assalamualaikum....

Malam td aku de chat dengan mamat cine ni dalam Badoo, konon2 nak prospecting la skali kau mamat cine Hong Kong. Dia tanye aku are u mix blood?Aku pun ckp la aku original malay but aku notice before this pun org tanye aku sama ada aku ni ade mix chinese. Pelik bin ajaib betul la, tang mana yang cina nye weh, aku itam ok, mata nak kata sepet takde, bulat lagi ada nak nak kalau tengah marah. Ada sekali tu ada sorang sister Dental tanye aku whether parent aku chinese or atuk nenek aku cine. Dia cakap muka aku especially tang mata tu, macam mata cina. Dia kata lagi muka aku sebijik macam muka anak kawan dia, siap tunjuk kat member dia lagi sorang tanya betul tak muka aku ni macam muka anak kawan dia yang chinese tu. Dia kata mata aku ni ade ciri2 chinese eyes dia panjang tapi bulat sikit, redup2 je....Cewahhhh... Aku tak tau nak respond macam mana, oyeke.....tu je la.... Pastu dia pandang je aku.....lagi la aku tak senang duduk.....


Kene kaji balik ni keturunan aku, betul ke aku ni mix blood, yela mane tau tah tah nenek moyang aku dulu chinese yang datang Penang utk berdagang sekali jumpa tok wan kawin terus stay kat Penang....hihi pandai la aku berimaginasi yang aku ni mix blood..ehhh terperasan plak, mix blood yang katik hahah....kla cau la nak buat keje ni tp takde idea nak merapu apa ni....

Pe kata tepek 1 pic minah mix blood...konon2nye...

Tuesday, 9 October 2012

Serba Salah

Assalamualaikum...

Malam ni ikutkan ada dinner dekat Armada Hotel sempena celebrate GAA Apitzu Tenten kerana telah bergelar GAA di dalam AJ. Aku serba salah kerana telah membuat keputusan untuk tidak pergi. Terkilan pon ada, memangla aku tak berapa rapat tapi nak buat mcm mana aku jauh, yahhh Bentong tak brape jauh try ko ulang alik tengok bleh tahan ke tak....Aku dah 4 tahun tau, jangan cakap pasal sabar kalau ko tak pernah duduk kat tempat aku....
Apit and Zue so sorry tak joint korang, saya betul2 perlukan rehat untuk next even dalam AJ dan juga menjalani hidup hari2 yang memenatkan ini. Seriously, bukan setakat penat tapi sakit dalaman yang tak abis2 reda. lepas baik 2 3 hari dia akan datang balik di kedua tangan kat bawah sikit dari bahu, belakang bahu kiri denyut2, kedua kaki dan kepala. I need 2 to 3 days rest...So sorry my dear friend. Plz forgive me. 

Kalau ada driver yg nak bawak aku InsyaAllah aku pergi hihi, kayo sgt nk driver2...My dear husband hope u will go there and celebrate with them. They had help us a lot too...


Tuesday, 2 October 2012

Bergaduh

Assalamualaikum...

Bergaduh, hmmm ada la 3 4 blog yang memang aku suka baca ni, skali tu aku terbaca salah 1 blog ni mcm dok cakap pasal yg lagi 1 blog yg aku baca gak. Aku ingat kebetulan ke pe, skali memang blog 1 ni tengah cakap pasal blog yang lagi 1 ni. Dah tu sekarang tengah kecoh la 2 2 ni mcm berbalas2 entry perang.....Aku harap aku tak jadi mcm diaorng la, umur dah boleh kata matang, berpelajaran serba serbi bagus tapi menunjukkan benda negatif kat public. Ni yang buat aku takut berblog nihhh... Bajet mcm ade orang nak baca plak blog ko kan ,haha padahal setakat ni takde lagi yang baca blog aku rasanya. haha....Aku doa kan 2 2 blogger ni berbaik semula la.  Yang sikit2 tu pejam kan je la mata, mana ade manusia yang sempurna kot kat dunia ni melainkan Nabi Muhammad SAW.

Di alam maya atau realiti sama je, orang boleh tau kita bercakap jujur atau tak , kita menulis dengan jujur atau tak....

Steamboat Nyum Nyum

Assalamualaikum...

Haritu lama dah, aku teringin sangat makan steamboat buffet last makan dengan adik n family dia, mak,W. Jai dan aku kt Sg. Buloh. Aku ajak W. jai pergi Flaming Steamboat Buffet. Mula dia macam tak setuju, mcm2 la aku lobi dia ade beratus jenis steamboat la, sos dia sedap la, tomyam dia sedap la.

Last2 hihi dapat gak pergi makan situ. Tapi bukan yang dekat Sunway tu, kat Shah Alam section 23 tak silap aku. Ok la, not bad ramai gak customer kat situ tapi tak la crowded sangat mcm kat sunway. Aku suka tenang je nak makan, takde la belanggar2 bontot bagai. Seafood dia pun banyak takyah nak berebut2. 

Dengan slumbernye lepas baca doa aku bagi farish makan crab, squid, prawn bagai, sambil dalam hati berdoa jangan la dia allergic ke pe. Alhamdulillah takde effect kat dia. 


W. Jai melantak seafood mcm takde hari esok. Aku suka mee2 dia, mee calor hijau tu mee bayam kot sedap makan dengan tomyam letak seafood sikit....Aduiii teringat plak dah bila nak pergi lagi ni. Kalu bleh aku nak try kat lain plak.

Bleh kata semua benda aku mkn, paling best dessert dia marshmallow celop chocolate dan chocolate chip ice cream. Aku makan dengan Parish, 2 kali tambah tu. W. Jai layan seafood je, dessert2 semua tak nak dah.Rugi betul.....

Masa makan dengan adik, mak dan kitaorg tu dia ade BBQ skali, aku rase tak puas sebab banyak seafood dah habis dan dessert tak syok sangat tapi ni memang puas hati la.