Wednesday, 21 November 2012

Aduhhhhh cutiku dibekukan....

Assalamualaikum....

Ape khabar semueeeeeeee???hihi ngade2 je kn...I`m back....Bz la lately ni.Ke sana ke sini penat tp best sangat dapat spend time dengan family...

Bulan 12 ni sbnarnye nk cuti lg tp aduuuhhhh cane yek jkn kata semua cuti kene beku.....Aku stress sebenarnya dgr perkataan beku2 ni, perjawatan dibekukan cuti dibekukan jugak hadoiiiii laaa...
 
Ahhhh lupakan segala stress2 itu sbb macam2 aktiviti best yg sedang menanti, antaranya:

1. Weekend ni nk naik Genting ade AJ Gala Dinner dgn theme Black Tie. Wahhh bajet retis gitu dinner kat Arena Off Star GH, aku suke hihi




2. Nak blk kg lagi sbb ade cousin wedding (pengapit aku dulu) , harus la pegi kan dia dah banyak tolong aku masa aku kawin dulu, aduhhh stress sbb cuti xbleh xkan nak blk cuti 2 hari je kot

3. Dalam masa yg sama rumah comel kami sedang direnovate skg, xsabar nak tgk bila dh siap, xsabar jugak nak decorate bagai, tppp tah bla la nak buat semua tu cam ada masa je

4. AJ  Preview di Kuantan lagi nanti, wah semakin hangat nih AJ dah turun Kuantan wehh rugi sapa yg xambil peluang ni. Jangan la takut sangat nak guna IC korang tu, simpan je pun xde manafaat nye... Gunala IC / mykad anda sebijak bijaknye yee...


Sebenarnya aku nk crita macam2 pasal kenduri Aqiqah Parish, pasal booth AJ di hari Keputraan Sultan Pahang yg meletop tu Sultan Pahang pn dah aktifkan mykad dgn kitaorang tau...Very sporting la Tuanku...tapi semua gambar kt camera, camera plak aku tak bawak blk Bentong, so cane nk crita tu....de la sikit2 gambar nanti aku masukkan sikit ye....ok la cau la nk cari cardigan utk dinner ni, baju aku agak seksi la nanti....


Thursday, 8 November 2012

Orang Kuantan Jom ke Seminar Usahawan Muda Mykad Smart Shopper

Assalamualaikum...

Seminar ni dah diadakan last month, atas permintaan yang tinggi kami mengadakan sekali lg bg bulan ini....Memang syok lah..Orang2 kuantan memang best and sporting....Datang la beramai2, lepas dengar seminat korang boleh aktifkan mykad secara FOC dan menikmati diskaun di semua kedai terpilih...



Bestnyeeeeeeeeee....

Jommm Shopping Jommmm Jimatttttttt

Assalamualaikum...

Tok tok tok,weh jom g shopping....Setiap hari pun bleh shopping tau di sini....Bukan stakat shopping je makan ade diskaun, tgk wayang ade diskaun, service kereta pun ade diskaun....Bukan kepada orang tertentu je, tp utk semua rakyat Malaysia...

Tunggu ape lg jom aktifkan mykad/ic korang dengan aku, free je tau.Nak lg detail bleh tgk kat www.mykad.aj.my atau email aku kat suria821204@yahoo.com


Cau cin cauuuuu......

Tuesday, 6 November 2012

AJ datang lg ke Pahang FM

Assalamulaikum....

Last month kan aku ade crite AJ kluar kat Pahang FM kat SINI, atas sambutan yg amat menggalakkan AJ skali lagi akan mengadakan Preview Program Mykad Smart Shopper di Kuantan.

Seriously, program ni sangat mudah diterima dan difahamkan. Ia sangat berbeza dengan semua industri di Malaysia ni. Jadi, apa tunggu lagi warga Pahang jangan lepaskan peluang baik ini. Road Tour Program AJ sedang menyerang sluruh Malaysia sekarang, antara negeri yang sedang dijelajah adalah Penang, Kedah, Perak, Melaka, Johor dan yang terbaru Pahang.

Program ni sedang mencari usahawah-usahawan muda yg proaktif dan yang mempunyai positive minded. Tiada yang mustahil di sini, tiada produk yang perlu dijual tetapi sistem yang diiktiraf MSC ini sangat perfect dan mudah difahami.

Ia melibatkan 3 pihak:

1. PENGGUNA : Akan mendapat pengaktifan mykad percuma seumur hidup dan layak mendapat diskaun dan point di semua premis terlibat di seluruh Malaysia

2. PEKEDAI/PREMIS : Semua jenis perniagaan yang terawal mendapat pendaftaran percuma dan pengiklanan percuma secara online dan offline serta dihubungkan dengan 28 juta pemegang mykad

3. DEALER : Pendapatan berterusan yang tinggi dan boleh diwariskan dan peningkatan potensi diri yang sangat memberangsangkan....cewahhhhh...dan lagi sangat terhad ye....


KORANG NAK YG MANA, TIGA-TIGA BEST KOTTTTTT........



Cepat dengarkan Pahang FM Jumaat ni dan datang ke Seminar kami....@ sebarang pertanyaan boleh menghubungi 017-3848191....

Friday, 2 November 2012

Nov Schedule

Assalamualaikum...

Schedule utk november ni sgt penuh ye slain blk kg, dgn kawan & cousin kawin lg, omg mana 1 nak pergi ni....

3 - 4 hb free tp nak survey brg rumah(2 hari je sempat ke aduyaiiii)

10 - 11 hb Preview AJ di Kuantan

17 - 18 hb Balik kg Aqiqah parish bersama sepupu sepapat & wedding kawan (sori xpegi)

24 - 25 hb Gala Dinner Aj di Genting

1 - 2 hb Balik kg lg Cousin kawin, tgk dh masuk bln 12 punye skali


Lately sgt bz, mcm2 nk kene settle....adui smoga kami diberikan kesihatan yg baik dalam mengharungi hari-hari yg bz ni...

Thursday, 1 November 2012

KUNCI & RUMAH BARU KAMI

Assalamualaikum...

Ye tau, awal bulan byk keje, tp keje aku dh siap ok, sgala report reten, kpi, nia, IR, pe lg ek. Tu je la pon yg lain belum lg hihi..rilek la boss kasi rest dulu asik ngadap keje je i am boring...

Aku tgh rajin nk crite ni biar arrr..kang dh malas crita yg dh berulat aku bru nk up entry...eh ape tajuk aku tadi haaa pasal kunci kan .....sebenarnyekan kitew dh dapat kunci rumah baru kitew hihi...Allahhhh gediknye....

Aku happy sgt weh, officially kami dah ade rumah....Rumah kami sebenarnye kecik dan comel je, masa survey tu of coursela g tgk yg rumah bru naik kt Bandar Putera & Bandar Peteri, Bandar Parkland,  segala Bandar la, at last kami decide duduk bandar kampong je hihi...xmampu nyah bandar2 ni semua...xpe la kan janji ade rumah lgpun properties kn kira aset, xnak duduk sewakan je dulu....

Xsabarnye nak masuk rumah kami,nk design, nk deco bagai....wah wah wah bajet byk sgt duit ko kan....

xbleh jd ni kene keje kuat2, kumpul duit byk2 nak hias rumah cantik2...Yahhh projek AJ mesti jalan, tu je harapan utk dpt duit lebih dan beli ape yg kita nak...

Byk tu benda nk buat;

1. Gate nak tukar (W. Jai nk autogate bagai, gilak dia ni bajet rumah besar je)

2. Kitchen cabinet

3. poach nk tmbah lntai & bumbung skit

4. living hall nk paster ceiling

5. pintu blk semo nk tukar

6. cat mengecat, mak aiiiii byk plak rasenye

7. grill xsure nk tukar ke tak, kalu ok lg just cat baru je la

8. furniture baru yeee best2

9. barang letrik baru yeee suke2

10. Lampu, kipas & aircond

10. chinese glassware,utensil, dll(W. Jai kata guna yg hadiah kawin je,eiii geramnye aku)

Kitaorang tak buat major renovation kot, yg kt atas ni je pn rase cam ade duit ke x ni....Dah mula dh berangan aku ni datang...Ya Allah murahkan rezki kami ya Allah, makbulkan cita2 kami....

Dalam berangan2 ni baru aku terpikir, BILAKAH AKU NAK DUDUK RUMAH NI, AKU KN KEJE KT BENTONG.......PANGGGGGGG......mak stressssssssssss oiiiiiii.....

TELUR

Assalamualaikum...
Kenapa telur, hihi sebab anak aku lately suka makan telur, so im a bit worried if cholesterol intake dia too high....
Tapi masa blajar dulu aku mmg tau telur ni bagus dia sgt complete dgn nutrient dia segala vitamin, mineral & protein bagai....tp aku dh lupa da al maklumla abis je study buku pn tutup tak bukak2 dh, very da tak bagus...blk kg nanti nak ambik blk la semua buku2 masa aku study dulu tu....   
(ni info aku paste dr blog mutiara hati) 
Secara zahirnya, telur terbahagi kepada dua bahagian, iaitu bahagian putih (albumin) dan kuning (egg yolk).Sebiji telur ayam mengandungi lebih kurang 10% cangkerang, 30% kuning telur dan 60% albumen (mengikut berat). 
 
Kandungan kimia telur ayam, telur itik dan telur puyuh tidak terlalu berbeza di antara satu dengan lain, kecuali kandungn kolestrol telur itik adalah tinggi sedikit iaitu lebih kurang 16.20 mg bagi setiap gram kuning telur. (mak ai mak jgn mkn telur itik byk2 dh pasni ye). Kandungan telur kaya dengan protein, vitamin dan lemak yang mudah dihadam. Telur juga merupakan punca mineral perlu dan mengandungi kalori yang rendah. Nilai pemakanan telur tidak bergantung kepada warna cangkerangnya.
 Bahagian putih ini mengandungi protein-albumin dan tidak mengandungi vitamin larut lemak. Apa yang agak unik ialah ia mengandungi sejenis lagi protein yang dipanggil ‘avidin’, iaitu sejenis bahan antibiotic semulajadi yang amat berguna untuk melawan jangkitan mikro organisma yang dapat merosakkan telur itu. Antibiotik ini wujud bersama-sama dengan biotin dan akan musnah apabila dimasak. Kadar lemak dan kalori dalam telur adalah rendah tetapi ia kaya dengan sumber protein dan vitamin A.

Bahagian kuning telur merupakan makanan yang mengandungi zat yang berbagai dan seimbang. Selain kolesterol, ia mengandungi banyak zat-zat makanan yang penting. Di antaranya ialah 67 mg sulfur atau 8% daripada keperluan kita seharian. Jumlah ini bukan mudah untuk kita perolehi dalam lain-lain makanan.

Sebiji telur juga mengandungi :
  • 0.7 mg zink
  • 1.2 mg besi
  • 5.5 mg magnesium
  • 16 mg inositol
  • 27 mg kalsium
  • 76 mg potassium
  • 253 mg choline
  • 100 mg fosforus
  • 590 unit vitamin A
Selain daripada yang disebutkan di atas, telur juga mengandungi :
  • lecithin,
  • tryptophan,
  • pyridoxine (B6),
  • biotin,
  • asid folik,
  • riboflavin (B2),
  • thiamin (B1),
  • asid pantotenik (B5),
  • selenium,
  • asid amino,
  • methionin
  • cystin.

Khasiat mencukupi

Telur ayam adalah satu-satunya makanan semulajadi yang sangat berkhasiat dan juga antara sumber protein yang paling baik di muka bumi. Dalam tiga daripada empat kaedah saintifik yang lazim diguna untuk mengukur kualiti protein, telur memperoleh skor yang jauh lebih tinggi daripada sumber-sumber protein lain seperti susu, daging lembu, whey dan soya.

Sebab inilah, telur boleh dianggap sebagai makanan yang ideal untuk setiap orang. Sumber-sumber proteinnya mencukupi dan nisbah sumber-sumber galiannya juga telah cukup sempurna untuk tumbesaran.

Kita sering mendengar tentang hubungan kolesterol jahat dengan telur. Adalah diakui bahawa kandungan kolesterol di dalam sebiji telur sangat tinggi, iaitu 275 mg. Tubuh badan kita memerlukan kira-kira 800 mg kolesterol sehari. Kebanyakan orang takut memakan telur kerana kolesetrol tetapi sebenarnya choline dan phosphytidylcholine dalam kuning telur membantu mengelak longgokan kolesterol dan lemak dalam hati dan pembuluh darah. Choline juga membentuk metabolite dipanggil betaine yang berfungsi mengurangkan homocystin, salah faktor penyebab serangan sakit jantung.

Seseorang yang tidak memakan telur atau daging mungkin akan mengambil kira-kira 200 mg kolesterol sehari. Jika dia mengambil susu skim dan Margerin sayuran, jumlah pengambilan kolesterolnya rendah, iaitu antara 100-150 mg sehari. Jumlah kandungan kolesterol dalam telur belum dapat dibuktikan lagi mudaratnya. Tambahan pula, badan manusia akan membina kolesterol ini lebih kurang 1-2 mg sehari (kira-kira 4-8 biji telur). Semestinya, kolesterol (jika tidak diambil berlebihan) bukanlah bahan yang perlu ditakuti, tetapi sebagai sumber yang perlu untuk pertumbuhan badan dan membantu mengukuhkan lagi sistem ketahanan badan.

Makan telur semata-mata tidak akan menyebabkan kita sakit jantung tetapi kemungkinan besarnya adalah disebabkan oleh diet yang tidak seimbang atau tidak ketentuan kandungan dan masanya. Menurut Harvard Medical School Guide to Healthy Eating tidak pernah ada penyelidikan yang menunjukkan bahawa orang memakan telur dengan banyak mendapat lebih banyak serangan sakit jantung daripada orang yang memakan sedikit telur.

Zat-zat makanan seperti vitamin C, niasin, magnesium, zink, kromium, lecithin dan beberapa faktor lain seperti karbohidrat serta senaman yang kerap boleh mengekalkan tahap kolesterol pada kadar yang seimbang dengan menggunakan badan dan mengelakkan daripada penyakit atherosclerosis, di mana pembuluh darah tersumbat dan menimbulkan berbagai kesulitan.

Tahap kolesterol dalam darah menjadi tinggi mungkin disebabkan oleh diet yang kebanyakkannya terdiri dari makanan ringan yang telah diproses (refined junk food). Dari beberapa kes klinikal, didapati pesakit-pesakit ‘rheumatoid arthritis’ memerlukan dua biji telur sehari dan kebiasanya, pesakit-pesakit ini tidak suka makan telur. Mereka yang menghidap ‘hypoglecemia’ pula memerlukan lebih banyak telur sebagai pengalas perut.

Choline di dalam kuning telur juga diperlukan untuk membentuk ‘neurotransmitter’ Acettylcholine yang sangat mustahak untuk daya ingatan (memory) dan pemikiran (thought) dan melindungi kita daripada nyanyuk termasuk penyakit Alzheimer. Jadi, telur, seperti ikan adalah makanan otak! Oleh kerana phosphatidylcholine bahan asas membran sel dan kebanyakan metabolisma dalam hati berlaku di membran sel, ianya membantu melindungi hati daripada pelbagai jenis toksin.

Menurut pengarang buku Eye Care Naturally, Dr. Michael Geiger dari New York, Lutein yang terdapat dalam bahagian dalaman mata (retina) khususnya “macula” melindungi mata daripada kesan buruk high energy blue wavelengths dalam matahari dan lampu rumah. Kandungan sulfur yang tinggi dalam kuning telur juga menyebabkan orang nampak anggun kerana rambut dan kuku mereka yang sihat dan cantik.

Satu kajian yang dimuatkan dalam Jurnal Cancer Epidemilogy Biomarkers and Prevention keluaran Januari 2005 tentang kanser payu dara di kalangan orang perempuan Cina yang berhijrah dari Cina ke Hong Kong dan seterusnya di Amerika Syarikat mendapati :
  • Mereka yang memakan banyak sayur dan buah-buahan kurang mendapat kanser payu dara – tiada kejutan tentang fakta ini.
  • Mereka yang memakan banyak telur ayam juga kurang kemungkinan mendapat kanser payu dara. Yang memakan enam biji telur seminggu dibanding dengan mereka yang memakan dua biji telur seminggu didapati merendahkan risiko kanser sebanyak 44%!
So, tunggu ape lg jom makan telur....Better telur tu rebus ok jgn goreng2 not so good rite...Hope anak aku lebih sihat, kuat & smart sebab makan telur hihi...