Wednesday, 27 February 2013

Happy Birthday Bondaku....

Assalamualaikum....

Hari ni birthday mak aku yang ke 51 tahun. Cepatnya masa berlalu kan. Mak walaupun dah umur 51 tapi ramai cakap muka mak macam belum 50. Yeke???Aku skali skala jumpa dapat rase la perubahan kat mak, yela mak kita kan, perubahan dari segi fizikal mahupun rohani mesti kita perasan punyala.... Dah nampak sikit2 kedut di muka tapi still comel dan yang aku jeles mak tengah beria nak slim nihhh...Amboi mak nak lawan anakmu kah???.... Dari segi rohani pulak mak makin tenang dengan hari-harinya bekerja, beribadah dan melayan ayah....Kalau mak beli supplement untuk dia dia mesti cari untuk ayah jugak....Kalah aku makan supplement,  mak sekarang tengah makan set Herbalife uollss. Taktau la sape yg promote kat dia, balik kampung haritu aku tgk ade paper beg Herbalife dengan set dia skali. Dia tanya opinion aku. Aku ok je, cuma aku pesan jangan la campur2 supplement kang pening badan kita nak terima yang mana satu. 

(ala takde gambar mak sorang la, asik la gambar ngan budak kecik ni.....hishhh cakap sayang mak gambar mak sorang satu pon xde)






Mari aku cerita sikit pasal mak aku ye, kalau mak aku baca ni mati aku kene... hihi saje2 je ni mengimbas kenangan lalu. Kakak tak pandai nak cakap depan2 yang kakak sayang mak, kakak rindu mak, kakak slalu ingat mak. Serious tak pandai, tak tau la nape, malu ke. Tapi kakak slalu cakap kat mak terima kasih banyak - banyak mak. Kakak betul2 nak terima kasih kat mak sejak mak lahirkan akak sampai la sekarang ni, mak masih berjasa dengan kakak. Kakak tak tau nak balas kat mak macam mana. Mak ingat tak lagi, masa kakak kecik kakak slalu ingat mak tak sayang kakak. Mak garang sangat dengan kakak. Tapi dah besar / tua ni baru tau mak marah bersebab, sampaikan dulu kalau  kakak cakap ngan adik aku2 ke babi2 ke sure mak cubit mulut kakak. Tapi bila dah besar ni, kadang2 cakap aku2 jugak ngan adik..hihi... Ye.... orang mesti tak caye sebab orang ingat anak pompuan sorang mesti mak sayang aku sangat, nak ape mesti semua dapat. Takde wehhhh, aku tak pernah mintak ape-ape dari mak. Apa mak bagi aku ambik, ape mak beli aku terima je. Mak, sebab tu bila dah besar ni pon kakak bukan senang2 nak mintak itu ini dari mak. Mak dah ajar jangan suka meminta-minta dari orang. Mak jugak ajar adik-adik dan aku untuk berdikari. Dan yang paling penting jugak mak ajar kalau suatu benda yang kita buat tu salah ia tetap salah, maknanya kalau dulu adik atau aku buat salah dengan cikgu ke atau orang lain mak mesti marah aku balik, takde de dia nak menangkan kitaorang, lagi kene marah dan pukul ade la. Mak memang tegas tapi skali skala dia kan buat suppries kat kita macam masa aku duduk hostel aku, tiba-tiba time birthday aku mak bawak birthday kek ngan hadiah....Bangga aku kejap....hihi

Mak sempena hari lahir mak hari ni, kakak doakan agar;
1) Mak sihat selalu dan panjanggggggggggggg umur....Bila mak panjang umur mak boleh buat ibadah banyak2 untuk buat bekalan di Sana nanti
2) Supaya mak dapat menjejakkan kaki ke Tanah Suci Makkah lagi tahun ni, tak dapat buat haji lagi buat umrah pon ok dah tu mak
3) Mak dapat tambah cucu lagi, hihi sape la tu yang nak kene beranak lagi, mak kan nak cucu banyak2
4) Mak sentiasa bahagia dengan ayah, amboi malam ni pergi dinner berdua je ye.... Mak jangan makan yang high cholestrol tau, pilih yang low fat tau...kalau tak kang sia2 je harbalife bagai
5) Mak dapat tambah pahala yang banyakkkkkkkkk sangat sebab mak suka tolong orang
6) Mak dan ayah sentiasa dilindungi yang Maha Esa di mana pun berada

Mak, kakak sayang mak sangat2 tau, kalau bleh nak sentiasa ada dengan kakak waktu susah ataupun senang. InsyaAllah kakak akan slalu ingat pesan mak, mak pesan kena baik dengan mak mertua kita macam mana kita baik dengan mak sendiri, kena ingat kedudukan kita sebagai isteri dan kena didik dan ajar anak kita yang betul saje, yang salah tetap salah walau sape pun yang buat. Mak, mak suka tak hadiah yang kakak bagi tu. Hari tu mak datang rumah kakak, mak cakap suka sangat dengan pan kakak tu, mak cakap goreng apa pun tak melekat sebab tu kakak bagi hadiah pan tahun ini. Harap mak suka guna tau,cewah macam la mak aku masak tiap-tiap hari.... Last but not least, I LOVE U SOOOOO MUCH MAK........

Friday, 22 February 2013

3 Hal


Assalamualaikum,

(Ada kawan di bbm share mssg ni, so aku nak share kt sini la) 

Ada 3 Hal dlm hidup yang tidak boleh kembali : 

1. Waktu 

2. Kata-kata 
3. Kesempatan 



Ada 3 Hal yang dpt menghancurkan hidup seseorang : 

1. Kemarahan 
2. Keangkuhan 
3. Dendam 



Ada 3 Hal yang tidak boleh hilang : 

1. Harapan 
2. Keikhlasan 
3. Kejujuran 



Ada 3 Hal yang paling berharga : 

1. Kasih Sayang 
2. Cinta 
3. Kebaikan 



Ada 3 Hal dlm hidup yang tidak pernah pasti :                                      1. Kekayaan 

2. Kejayaan 
3. Mimpi 



Ada 3 Hal yang membentuk watak seseorang : 

1. Komitmen 
2. Ketulusan 
3. Kerja keras 



Ada 3 Hal yang membuat kita sukses : 

1. Tekad 
2. Kemahuan 
3. Fokus 



Ada 3 Hal yang tidak pernah kita tahu : 

1. Rezeki 
2. Umur 
3. Jodoh 



TAPI, ada 3 Hal dalam hidup yang PASTI : 

1. Tua 
2. Sakit 
  3. Kematian.                                                           

Ya Allah, saudara2ku yg membaca ini adalah sahabat yg soleh & solehah, kuat, sabar, pengasih & penyayang..maka sayangilah dia serta kasihilah dia..bantulah dia meningkatkan taraf kehidupannya..murahkan rezekinya.. sihatkan tubuh badannya..jika dia melangkah, selamatkanlah dia..permudahkan & lancarkan segala pekerjaannya...Amin ya Rabbal Aalamiin.... Kirimlah kpd sahabat² dan keluarga yg kita sayangi...Hidupmu juga akan bahagia kerana mereka juga mendoakanmu..amin...

Thursday, 21 February 2013

Mak dan Ayah Kita

Assalamualaikum....
(entry terperuk,lupa nak publish)

Sebelum sindrom pelupa aku datang better aku crita kat sini pasal satu kisah yang sangat tersentuh dalam hati aku. Cuti CNY last week W. Jai, Parish dan aku balik kampung, mana lagi kalau bukan Lik Lau. Apa aktiviti2 kami di sana nanti aku crita, ni nak crita pasal kasih anak-anak terhadap ayah dan mak.

Kami bertolak dari Klang jam 12.00 malam so sampai juru dalam 5.00 pagi, stop jap dekat RnR Juru membuta la kami 3 branak sebab W. Jai ngantuk sangat dah. Dalam pukul 8 pagi aku kejut W. Jai untuk teruskan perjalanan. Agak2 la kan ingat tido kat hotel ke, dah 3 jam dah tido tu. Drive balik sampai la kampung aku. Dah jumpa mak dan ayah aku semua then makan2, W. Jai dan Parish ngantuk lagi. So, aku tidokan dua dua skali sebab aku nak pergi jalan2 jap ngan mak aku. Eh tipu W. Jai tido sendiri la, dah tua pandai la ko nak tido kan.

 Mak aku bawak aku pergi tengok tapak rumah yang baru nak naik kat belah atas dari rumah mak aku tu. Dah tengok2 tu mak ajak singgah rumah saudara aku yang baru kematian suami. Aku kenal sangat suami dia ni, sakit macam2 dah hampir 20 tahun tak silap aku dia menderita sakit ni. Sakit buah pinggang, diabetes, HBP and macam2 lagi la. Nak jalan pon dah tak larat, guna wheel chair je. Tapi arwah ni sangat peramah, walaupun sakit dia sangat suka layan tetamu. mulut dia tu macam2 la nak dibualkan dengan kita. Terasa la sunyi masa mak dan aku datang tu. Aku ingat datang nak wish takziah je la, sebab aku tak boleh balik masa arwah meninggal.

Masa duduk2 tu saudara aku tu pon crita la, dia kata dia rasa sunyi sangat, ye la sebelum ni dekat 20 tahun dia jaga suami dia yg sakit tu, tiba2 dah takde memang la trasa kan. Dia ada 4 orang anak lelaki, perempuan takde. Dia crita dia bersyukur sangat dengan 4 orang anak dia ni, keempat empat anak dia ni sangat ambil berat pasal arwah, walaupon semua tak duduk skali dengan dia dan arwah tapi tiap2 hari akan datang jengok ayah diaorang. Tiap2 hari diaorang akan berebut bila tiap kali kene hantar arwah pergi hospital atau pergi buat dialisis. Masing2 stanby kereta ajak ayah diaorang pergi hospital. Selalu bual-bual dengan ayah diaorang sambil ketawa2. Si ayah cakap je nak makan ape nak pergi mana masing2 berebut nak hantar. MasyaAllah aku dengar rase macam nak nangis diaorang layan ayah diaorang yang tengah sakit tu macam raja. Bayangkan dekat 20 tahun sakit, si anak2 tak pernah jemu melayan ayah diaorang.

Dalam hati aku berkata, kalau la mak atau ayah aku sakit mampukah aku dan adik2 aku buat perkara yang sama macam diaorang buat. Even dah meninggal ni pun anak2 arwah still bergilir2 pergi ke kubur arwah bacakan ayat suci Quran. Diaorang pun slalu ingatkan mak diaorang jangan lupa doakan dan sedekahkan ayat Quran untuk ayah diaorang.

Yang aku kagum sangat is cara diaorang sayang ibu bapa diaorang tu, ingat senang ke kita nak luangkan masa kita yang macam2 nak dibuatkan tu dengan orang yang dah banyak sangat berjasa dengan kita. Aku tak kata orang lain la, aku sendiri pun kadang2 lupa dan lalai. Aku berharap bila dah sampai masa mak dan ayah aku diambil olehNya nanti aku nak adik2 dan aku ada bersama dengan diaorang, nak buat macam mana 4 beradik ni buat. Aku percaya kalau niat kita baik Insya Allah tuhan tunjukkan jalan macam mana kita nak buat perkara baik tu. Mak ayah ni biasala masa diaorang sihat ni kadang2 niat dia nak tegur kita tapi kita plak yang terasa lebih. Tak boleh ditegur sikit, maklumla blajar pandai sikit dari mak ayah, mula la ingat ala mak ayah apa tau, aku lagi pandai dari diaorang. Ish ish ish tak baik betul. Kalau aku yang pergi dulu plak aku nak anak, suami, mak dan ayah aku ada. Ish takut plak cakap bab mati ni, sesungguhnya ajal maut itu ditangan Tuhan.

Apa2 pun Al Fatihah untuk arwah, smoga arwah tenang di sana...

 (ihsan dari en. google)

Friday, 1 February 2013

AJ Pahang Road Tour

Assalamualaikum....

Salam Jumaat semua......Dah petang baru nak salam Jumaat hihi.... Dah time ni je i free kan.... Pagi tadi i is bz skit ok.... Ok just nk inform Weekend ni family AJ akan besar besaran turun Pahang. Almost all RAA turun bersama-sama Dato` CEO. Banyak aktiviti yang telah dirancang diantaranya adalah jeng jeng jeng:

1. Penganugerahan Dato untuk CEO kesayangan family AJ pada pagi Sabtu

2. Preview AJ di Kuantan bagi membongkar fungsi yang ke 50 kegunaan mykad kita akan diadakan pada hari Sabtu jam 3  petang bertempat di Bangunan MSC, Indian Town, Kuantan

3. Gerak Gempur ke Temerloh, Jerantut, Bentong dan Raub pada hari Ahad pula. Kita akan membongkar cara penjimatan yang lebih berkesan kepada semua rakyat Pahang. 

Ya tujuan kita membantu semua pemegang mykad berjimat dan mencari agensi yang berminat untuk mengaktifkan 28 juta pemegang mykad. Kita masih belum cukup 10,000 agensi yang akan menggerakkan Program Mykad Smart Shopper ini. Jom ramai-ramai aktifkan mykad anda, yup ic anda tu simpan je pon xde gunanya. Gunalah kecanggihan yang ada ok. Jom kawan-kawan jangan la takut sangat nak guna ic tu. 



  

Masa ni AJ Preview 2.0. Audion tak datang lagi tengah planning2 dulu.


Masa ni AJ Preview 1.0. 


Pa with friends...

Thursday, 17 January 2013

2 Years & 1 Month

Assalamualaikum...

Testing2...hihi update guna hp plak la.Hari ni genapla umur anak aku 2 tahun 1 bulan.Masa dia genab 2 tahun  tak nak plak update suka2 aku ja.

Sekarang mulut dia sangat la cot cet cot cet. Dh pandai nak ngadu2...aritu aku kt dapur dia dtg kt aku bgtau dlm bahasa dia...Ma ma, akut akut, pa grrrrrr(buat bunyi cm org tgh drill dinding) ane....Aku pnye pkir pe dia nk ckp ni...Aku g tgk kat pa dia...ooooo dia ckp Ma, Ayish takut pa nak tebuk lubang kt sana...Pastu aku gelak kt dia....Dia terus malu, trus ckp ma kong ma kong...mintak dukong Ayish Ayish...

(sebenarnya ni entry 2 3 hari lepas, aku guna hp tapi stress tak boleh upload gambar, sekarang dah boleh tapi tak guna hp pon, susah bebenor)

 Parish tak mandi lagi ni, bangun je ajak `ma jom g menan (playground)`. Layan je la lagipun tak panas lagi...



 Playground dekat MH Hotel masa ASKL 1/2013. Kalau lepas ni ASKL kat sini lagi alamatnye aku berASKL di playground la nampaknye. Confident giler naik buai sekarang tak nak orang pegang.... Kalau nampak buai je `ma nak nek buai aju2`.... Yela2......


 Masa kat rumah kami, asal aku kat sink je dia asik ma nak kong,ma nak kong. Adoiii senget pinggang mama la Parish...Aku suruh dia amik kerusi plastik kecik tu pastu suruh dia berdiri situ. Suka la dia.... `Ma nak tu, nak abun, nak inggan`.....Hoiiiii nak basuh pinggan la plak....Tapi bagus gak ko basuh pinggan situ takde kacau mama nak masak.... Bolehla aku masak dengan tenangnye hari tu....


 Dekat sejam dia basuh pinggan ok, habis basah semua baju drypers....


Nasib baik dia tak sampai sabun pinggan tu so bila nak sabun dia jerit kat aku ma abunnnnnnnnnnnnnnn.....


Sekian sahaja cerita anakanda ku..... Alamak aku terbaca pasal blogger berperang malam tadi, sekarang aku jadi takut la plak berblog2 ni, niat nak buat diari je and nak simpan gambar2 anak...... Aku doakan mereka berbaik semula dan semua mengambil iktibar atas kejadian tu. Smoga aku sentiasa ingat untuk tidak membuka aib orang ataupun aib diri sendiri..... Tiada siapa pun yang sempurna di dunia ni, tapi yang penting niat kita untuk jadi baik atau berubah untuk jadi lebih baik......Ish macam macam, dunia dunia......

Lupa nak cakap malam esok aku dan W. Jai ade buat kenduri sikit, kenduri doa selamat dan tahlil. Jemput la sesiapa yang kenak kami secara langsung atau tidak datang ke rumah kami di Johan Setia Permai....Smoga segalanya berjalan lancar. Ya Allah Ya Tuhanku berkatilah majlis kami ini......Amin Amin Amin Ya Rabbalalamin..........

Monday, 7 January 2013

Sakit Rindu

Assalamualaikum.....

Aku sesak, semak, sememeh, sakit, se pe lagi yek, se se se la.... Aku kerinduan.... Bila Isnin je mula la aku takde mood sesangat... Aku rindu dia ya Allah. Darah daging aku, aku nak jumpa dia tapi tak dapat sebab jauh, aku tak mampu nak travel setiap hari, aku dah try tapi tak boleh. Sakit sangat, sakit semua.... Kalau ada komuter ke lrt aku rasa aku sanggup kot... tapiiiiii ade ke komuter yang boleh naik turun bukit karak ni, hrmmmm...

Dulu masa blajar tajuk research aku pasal `motivational factors for workers`, aku banding2kan orang keje bank motivational factor dia ape, orang keje restaurant motivational factor dia ape, and keje pe tah lagi pas tu aku dapat la conclusion dia. Serious masa tu rasa hebat sangat research aku, bila dah keje ni rase kenapakah tajuk research aku tak canggih langsung. Fikir sendiri pon boleh dapat jawapan.... Apekejadahnya crita pasal research ni, aku nak crita pasal rindu kat anak aku je, ye motivational factor aku sekarang adalah ANAK... Aku rasa sangat teruk on Monday sebab baru berpisah dengan dia and aku akan rasa sangat bersemangat kerja on Thursday and Friday sebab dah dekat hari nak jumpa dia. Rindu apakah ini, macam orang gila rasa kalau dok ikut hati ni, rindu boipren pon tak gini dowhhh... Ye ada orang kata alah orang lain lagi teruk lagi jauh, memang la aku tau. se susah2 kita ada lagi susah, se senang2 kita ada lagi senang... Tapi sekarang aku rasa tak boleh blah sangat ni, sampai bila dugaan ni ya Allah.... Aku sabar sangat ni ya Allah...

Hari ni dari pagi asik kring kring kring sampai aku nak take 5 (take 1 hour sebenarnye sori boss) pon tak sempat. Esok kene dapatkan energy balik ni, banyak yang tak settle lagi. Moga esok lebih baik dari hari ni...

Dear son, mama miss u soooooooo much.... Mama tak tau nak cakap macam mana tapi sakit sangat rasa hati ni... Smoga anak mama tak lupakan mama, smoga anak mama sihat, ceria dan belajar perkara2 yang baik2 setiap hari...


 
Ehhhh ko ni hrmis sampai ke sudah tak boleh bukak, aku nak balik dulu la sok la pulak aku try bukak....Bye cau cin cau la....

Friday, 4 January 2013

CAT

Assalamualaikum....

Hai berjumpa lagi kita di hari Jumaat yang indah ini. Cat di sini bukan bermaksud cat kucing ye, ataupun bak kata Parish, cat sape cat Ayish.... Cat di sini bermakna mengeCAT rumah.. Sekarang baru aku tau kenapa upah cat mahal sebab kerja ini sangat memerlukan fokus, penelitian, kesabaran, duit, penat, masa, leceh dan sebagainya.... Kita boleh set target untuk siapkan bila tapi jangan berangan boleh on time. Tapi Alhamdulilah dah settle pon. W. Jai yang settle kan finishing, kalu aku xde de nak touch up bagai, leceh ok.... 

Teringat aku masa kat umah ayah dulu tiap kali raya kerja mengecat ni adalah kerja ayah dan ayah hanya akan guna color putih dan brown je, so even tiap2 tahun cat, orang tak akan perasan rumah tu baru cat sebab color dia tetap sama tiap2 tahun white and brown. Patutla la ayah je yang boleh buat kerja mengecat ni sebab ayah memang orang yang sangat penyabar. Tapi dah tua2 ni ayah upah orang je la sekarang, lagipon dia sibuk dengan projek kebun2 dia tu.

Mari lah aku tunjukkan hasilnya nye, lepas ni kalau ade sape2 nak upah cat rumah boleh la panggil kami ye. Confirm aku charge mahal ok...


 Minimize living hall kami ni brown theme. Luar color grey dalam macam2 color, xtau la nak jadi pe.. Cermin dan frame ayat Quran tu birthday present dari mak aku. Dia beli kat pesta and bagi masa balik kampung hari tu. 


 Bilik kami hihi, pinky gituwww... Line2 tu idea W. Jai, nak gaduh gak la pasal nak cat bilik ni, dia kata gitu aku kata gini, dah aku bukan boleh main imagine2 ni kene lukis baru nampak. Dah siap baru aku paham oh gini orang tua ni punya idea. ok la kan.(eh abaikan baju yang tersangkut tu ye, xsenonoh betol)
 

 Ruang makan, comel je kan, aku beli set meja makan yang 4 seat je, hihi bukan i kedekut ye kecik sangat so mane muat yang 6 seat tu. Lebih 4 orang makan kat lantai la gamaknye.

 Sinki dapur, sedih aku tengok sebab takde kitchen cabinet..... Sedihnya budjet lari jauh... Kene kumpul duit balik ni....

 Bilik sape ni Ayish, bilik Ayish... yo yo oo je bilik dia, huyooo antik antik dia kata...


Hari sabtu lepas kami pergi Puchong sebab nak cari perabot dan barang letrik skali nampak kedai House Lighting ke pe tah, ala kedi lampu yang famous tu. Singgah la kejap memang gila la, punya la banyak lampu dia. Bengang aku sebab lampu semua dah beli tinggal lampu kat poach je yang takde. So beli la jugak, memang beza la harga yang kat Klang tu lagi mahal. Kami ambik 2 bijik lampu dengan cermin toilet dan water heater.


Cantikkan eiiii geramnya aku, ikut kan kalau beli kat Klang tu 1 biji, kat sini dapat 2 biji. Kat sini orang punya la ramai sampai dia guna sistem numbering mcm kat bank tu, no 1125 sila datang ke counter 4...gituuuww..

Masa tengah tunggu nak collect barang tu aku sajer la amik2 gambar skali W. Jai sound nak masuk blog dia la tu, lantak la sibuk je... Pastu dia bleh blah tunggu kat kreta ngan Parish. Aku tercongok la tunggu barang rupanya orang tu dh hantar kat kreta pon... Malunya aku tunggu kat situ lama2 rupanya barang dah amek, tu pon sebab dia tepon bagitau setelah sekian lama, pastu bleh gelak2...Hantu betol laki aku... Tu je la nak crita pon, ok la cau cin cau....