Wednesday, 4 September 2013

Open House USHBTG 2013

Assalamualaikum....

Hi, just nak cerita pasal open house raya kat unit aku hari tu... Hahaha sebenarnya saja nak riak kat sini. Nasib la sape suruh baca huhu... Takde la, sebenarnya just untuk kenang-kenangan la. Mana la tau bila aku dah takde kat sini lagi so boleh la tengok2 balik, ooo aku pernah handle food kat sini, aku buat ni ooo aku buat tu... First step biasala kira budget dulu, lepas tu arrange sape yang terlibat, yela kalau guess tak ramai boleh la buat sorang2 kan, tapi kalau dah beratus buat sorang2 mau pengsan. So, buat meeting and menu... 

Menu of The Day

Potato Salad
xxxx
Mix Fruits Salad
xxxx
Mushroom Soup with Garlic Bread
xxxx
Baked Macaroni Cheese
xxxx
Nasi Ayam with Honey Roasted Chicken
xxxx
Meehun Soup Meletop
xxxx
Pulut Kuning with Sambal Bilis
xxxx
Apple Crumble with Homemade Chocolate Ice Cream
xxxx
Mini Pavlova
xxxx
Chocolate Cake
xxxx
Air Teh Bunga & Limau Asam Boi

Ape lagi ek, yang aku ingat tu je la. Everything one day before dah ready just reheat and macam soup dengan ayam tu roast pagi2 tu la. Kami memang ingat nak buat all out sebab once a year je kan. Biar orang nampak sikit yang kami ni bukan cook biasa2 and even kami takde tittle chef tapi kami terer ok, ehhh pesal aku pulak yang teremo, aku bukan cook pun huhu.... Alhamdulillah everything goes smoothly and happy sangat sebab dapat bagi orang rasa air tangan kami. Bila orang tanya siapa masak ni, sedapppppp...... biasa aku jawab masak sama2.... Huhu apa yang penting???? KERJAAAAAAASAMAAAAA!!!.... Eh ramai yang puji tau, Bagi aku biasa je sebab aku tau kat luar tu ramai giler yang lagi power dari ni. Tapi ade orang siap nak order tu.... Adehhh, aku bukan ape takut tak terbuat je. Tapi InsyaAllah event 25 hb ni aku try fulfill gak permintaan hamba Allah ni sebab dia baik sangat dengan aku, tak terdaya nak menolaknye.. Ok la layan la gambar2 yang ade ye.... Hopefully this is the last jamuan raya aku di sini, huhu aku nak pindah woiiii.... 


Ape da takde gambar yang menarik huhu, maklumla photographer tak bertauliah, janji ambik je... Aduiiii takde ke gambar makanan yang menarik sikit....




Air yang meletoppp, limau asam boi tu memang mavelosss giler boss minum 4 cups ok....


Roasted Honey Chicken Rice katanya....


Pulut Kuning, tak boleh takde pulut katanya jugakkk.... 


Mushroom Soup and Garlic Bread


Antara guess terawal, jemput2 mai masuk mai.....


Geng2 perbarisan.....


Makan akak jangan malu2.....


Naen sengih cam cik bekkk hahahah kalu dia baca ni confirm bengang hahah...





Terima kasih kawan2, korang memang BEST!!!! Aku bersyukur sangat selama kat sini diaorang layan aku dengan baik. Aku pn tak sampai hati nak marah over2, tapi kadang2 terlepas jugak, tapi aku harap diaorang faham aku marah hanya sebab tugas tak lebih dari tu, aku tak pernah simpan dalam hati.. Ehhh tertouching pulak, smoga hidup mereka bahagia dan dilindungi Allah selalu.. Terima kasih akak2 dan abg2 tolong saya dalam jamuan ni....


Guess yg sempoi, dari kiri EO Anis yang comel, CC yang baik and Matron Sim yg sopan gile


Opsss, sori boss saya buat kerja sekarang.... Byeeee cau dulu kawan2.......


Thursday, 29 August 2013

ASKL and Open House AJ 2013

Assalamualaikummmm....

Huhu konon dah penat tapi sambung entry lagi, sebenarnya tadi plan nak pergi Seremban nak jumpa client tapi cancel last minute pulak, nasib baik tak gerak lagi tadi... So marila bercerita pasal raya lagi ok....

ASKL sempena raya ni diadakan pada 24 hb hari tu, di Nouvelle Hotel. Gila syok dan gempak la, satu Malaysia turun kot... Ramai gile biasa ratus2 orang je ni, beribu orang, meriahhh....
Aku and parish dibelakang je, al maklumla dia bukan nak duduk dalam, duduk belakang kira ok la ni boleh gak aku dengar apa yang patut... Semua berbaju raya best sangat...


Referrer aku, RAA Hetty yang dah mengembang tunggu masa saja nak bersalin....


Parish and mama.... Adehh rindu la plak....


Up lagi gambar ni macam cantik je, walaupn aku nampak pucat. Lipstick aku dah pudar, gasakla huhu.....



Seni katanya, padahal terbalik....



Our founder of this program, admire sangat cara dia berfikir and bercakap.... 


Smart kan????


Barisan RAA yang hebat2 belaka....


Kambing golek time.... Huhu aku sempat rasa, sori kawan2 yang tak sempat, Parish makan licin ok dengan tulang2 dia gigit... Hebat anak mama makan lamb....


Sian korang tak dapat rasa lamb tula sape suruh borak lagi huhu....



Eiii muka aku dah berkilat....


Yeayyy lamb for Farish please.....


Ibu yang sangat tabah dan kuat... Anda hebat Zara, i know u can do it...


Papa, Parish and game tak dapat dipisahkan....


Parish with new friend, Along... This time tengok dia dah pandai berkawan, tapi still tak pandai kongsi barang dengan orang.... Orang kata macam adik beradik dua orang nih...



This is aur teammate, hope we will success. Everyone, come lets work hard and smart, we can do it. Go AJ go..... 



Selamat hari raya....... Sori la yek, gambar raya saya takde gambar makanan sebab i kalau jumpa makanan ingat nak terkam je, mana ingat nak ambik gambar ke ape dah... Tapi seriously tahun ini aku makan banyak giler lemang, skali timbang seriously nak nangis... OMG what happen to me... 


RAYA 2013

Assalamualaikum.....

 Huhu aci tak crite semua pasal raya dalam 1 entry nih.... Huhu gile lambat update kan... Walaupun hari ni dah 22 Syawal tapi saya tetap nak wish Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin diatas segala ketelanjuran kata mahupun perbuatan yang sengaja atau tidak kepada sesiapa yang ada kaitan dalam blog ini ye...

Tahun ni aku beraya di rumah family in law dulu sebab tahun ni turn sini huhu... Tapi raya kedua malam aku dah chaww balik Penang, aku bukan ape sian dekat mak dan ayah. Raya first memang adik aku ada tapi raya ketiga dah nak balik so kesian la kan, orang lain masih beraya tapi rumah mak ayah aku dah kosong.... So cuti aku start 1 hari sebelum raya, sempat la nak masak2, beli barang untuk rumah in law aku and last minute shopping kan. Tahun ni kami tak buat kerja gila macam tahun sebelum ni di mana, malam raya kami berada di kl ok, shopping dan jalan2. Giler penat dowhhh....

Kejadian yang aku tak boleh lupa raya kali ni adalah, tu haa si Mat Parish, korang nak tau dia seboleh-bolehnya taknak pakai baju melayu yang aku dah tempah untuk dia.... Seriously frust sangat ok, sempat la pakai dalam 5 minit kot, tu pun dia pegang je baju dia taknak lepas kan... Layan la gambar budak bertuah ni.... Harap dah besar nanti tak la cam gini lagi....




Tengok tu punya la tak nak pakai, dia pegang je baju dia tu........



Eiiii cubit kang budak bertuah nihh..... Sayang mama, sayang mama.....

Nak tengok gambar raya kami huhu....


Haha aku tak upload kat fb pun sebab malu, anak aku tak nak pakai baju raya ok... So sepanjang raya dia pakai jeans and t-shirt je ok... Nasib baik beli banyak t-shirt untuk raya ni...

Jommm la layan gambar raya yang ada ni... Time bergambar ni, Parish tido so xde gambar dia sangat. Gambar yang pakai pampers tu dia baru bangun...


Dah besar adik2 ipar ku... Dah bleh geng2 melaram...


Mak bersama anak2nya...


Mak and abah bersama anak2 pompuannya... Semua available except yg baju biru tudung kuning sbb baru kawin huhu..... 


Pengantin lama....



Model baju raya, hangin aku baju raya aku tahun ni, kain dia berkedut seribu even dah 40 kali iron....tensi betulll...


Baby Ulfah, cute gile pakai tudung tapi sekarang tak baby lagi sebab mama dia dah bersalin pulak... hahah...


Masa ni pergi beraya rumah pakcik W. Jai dulu sebab nenek dia ada di situ...


Sesi beramah mesra bersama acik2 W. jai...


Ni la nenek W. Jai, comel kan... huhu


Acik Ain bersama Parish, tengok dari pagi ke malam jeans aje...



Masa ni 2nd day raya, pergi rumah atok W. Jai pulak...Stress baju ni aku nampak gemukkkk....





Adehhh cam malas la pulak nak cite pasal raya dah kite sambung lain kali ek... Aku penatla buat floor plan... huhu konon.... ok la layan la gambar raya ni pulak, yg proper sikit budak kecik ni pakai....