Thursday, 27 September 2012

STAR CRUISES TRIP 4D3N PENANG-PHUKET-KRABI Part 2

Assalamualaikum...

Ok kita sambung balik crita ye, tak sempat la nak update smalam, bz sangat kononnya...Lepas jalan-jalan tepi pantai, kami pun naik semula bas untuk balik ke cruise. Parish so far so good masa 2nd day ni...naik je kapal terus siap2 sebab malam tu ade Special Dinner. Menunya western..Spoil la steak dia not so fresh, gravy so so je, yg lain tu ok la, aku suka soup dengan dissert dia. Tak silap aku broccoli soup dengan chocolate brownies.
W. Jai berposing ala dato` dato`....


Lepas makan semua jalan-jalan untuk bergambar kat dalam dan luar deck. banyak lagi gambar tak silap aku dalam fb W. Jai.





Dah habis posing2, kami ke hall untuk show silap mata dengan ape tah, kira klakar la jugak show tu. Parish dah boring dia boleh jalan sorang2 round kat bawah stage tu.
Dah penat kami pun jalan balik ke cabin. Pa parish cakap balik dulu dia nak lepak2 kat tingkat atas dengan member ade life band katanya. Suka ati la pa.... Masuk cabin parish main2 dulu pastu tak nak tido, aku ngan mak bawak gi jalan2 dulu kat deck atas pastu balik terus tido.





Esoknya kene bangun awal sebab kami akan ke Krabi Island.

Parish tak mandi ok, tak sempat...masa nak turun dari kapal dia bleh tido lagi so dengan baju tido dia turun ke krabi.



Comel kan wall painting ni.


Yeayyyyy kami di sini....


Macam biasa gambar aku tunggang langgang, pandai-pandai la nak tengok...




Ketam besarrrrrrr.............. Ape da parish tak pakai baju, panas gile sian dia.....










Turun2 je dari kapal, kami terus diberi minum seorang sebiji kelapa yg dah dipotong. Memang fresh gila tapi aku tak habis pun banyak sangat, sebelum naik van aku buang je dalam tong sampah. Krabi ni tak macam Phuket. Tak banyak tempat shopping, banyak tempat melawat macam tempat kuil Buddha dan tempat sejarah. Masa pergi kuil Buddha tu aku tak masuk pn. lagipun parish tido tapi tak lama tu dia bangun. Terpegun dia tengok banyak monyet kat situ. Tu yg malas aku nak masuk tu, aku tak suka monyet.

Tengah hari tu kami lunch di restaurant tomyam which is halal punye la. Sedap jugakla, merasa jugak aku tomyam original from Thailand.

Dah kenyang kami ke tempat shopping yang tak berapa meriah tapi agak mahal jugak. aku tak beli sangat banyak yg dah beli masa kt Phuket. 

Dah habis shopping kami ke Krabi beach. Aku tengok environment dia lebih kurang macam kat Feringgi je. Banyak orang jual2 pario, short dll kat tepi Beach tu. Cruise dikejauhan...


Ni dah nak naik cruise balik..




Dalam pukul 7 malam, van bergerak semula ke port ferry yang bawak kami untuk naik ke kapal semula. Sambil tunggu ferry kami tengok2 dulu gambar2 candid yg diambik. Yang berkenan kami beli. Masa naik ferry ni aku duduk kt dalam, tak berapa lama hujan lebat gila. Yang mana duduk luar terus lari masuk. Parish tido masa ni, nak turun dia terjaga terus ngamuk. Adoiii la nyesal aku kluar awal2, kalau aku biar dia tido dulu confirm selamat.

Masuk je cabin aku bagi dia rilek dulu, bagi susu dengan main ipad dia.


Malam last tu lepas dinner aku bawak dia pegi pool, masa kat Phuket tu dh beli swimming suit dia. Pool tu sangat best, siap ada yg warm punye sedap je masuk. Klakar masa ni ade member aku bawak anak dia nak masuk sini tapi orang yg jaga pool tu tak bagi masuk sebab dia takde swimming suit. Masa tu jugak la dia pergi beli kat situ. Kitaorng siap gosip2 kutuk mamat tu kecoh betul. Pantang tak kene nanti dia bunyikan wisel, brip brip brippppppppppp haha...

Mak aku tido kt cabin dia tak pergi pool, penat katanya...ni gambar masa dia jalan2 kat replika cruise.

 
Lepas mandi2 kat pool kami dinner dulu pastu balik cabin terus tido kepenatan... 

Esok paginya luggage semua letak depan pintu cabin sebab crew dia akan collect. semua crew cruise ni memang terbaikla, friendly sgt, aku rase memang dah di train to be nice to all the guest. ko mintak je ape semua ade tapi jangan terkejut pulak tengok bill ko nanti. Restaurant dia semua not bad, yg deck atas (buffet) ke fine dinning ke semua best.

  
Crew dia semua foreigners suka sangat kacau Parish. Ade yg nak ambik dukung jangan harapla kan... Dah siap2 semua kami pun prepare untuk nak check out.

Ambik masa yang agak lama tapi yg ada baby diutamakan..haha mak suka potong que hihi sori ye kawan2.






Ni gambar masa kapal dah sampai Penang. Eh lupa nak cakap malam masa kapal ni otw dari Krabi to Penang, memang terasa laju gila dia jalan. tido rase bergoyang goyang. Sebelum tu rase cm tido kt rumah je....dah sampai darat pun rase macam bergoyang2 lagi.

  Dah settle check out kami pergi lunch dulu sementara tunggu jiran mak aku datang ambik ktorg. Masa ni luggage banyak sangat sampai ktorg dicide naik beca je since aku pun tak pernah rasa naik kan.








Haha Parish takut naik beca sorang2, saje aku buli dia.....Lepas makan nasi ayam dekat dengan port tu jiran mak aku pun sampai. Kawan2 AJ lain semua naik bas sebab diaorg akan balik ke KL kami sambung cuti kat Penang. Hihi aku sukaaaa sgt...Ok tu je la nak crita pun...bye cauuuuuu