Thursday 29 August 2013

ASKL and Open House AJ 2013

Assalamualaikummmm....

Huhu konon dah penat tapi sambung entry lagi, sebenarnya tadi plan nak pergi Seremban nak jumpa client tapi cancel last minute pulak, nasib baik tak gerak lagi tadi... So marila bercerita pasal raya lagi ok....

ASKL sempena raya ni diadakan pada 24 hb hari tu, di Nouvelle Hotel. Gila syok dan gempak la, satu Malaysia turun kot... Ramai gile biasa ratus2 orang je ni, beribu orang, meriahhh....
Aku and parish dibelakang je, al maklumla dia bukan nak duduk dalam, duduk belakang kira ok la ni boleh gak aku dengar apa yang patut... Semua berbaju raya best sangat...


Referrer aku, RAA Hetty yang dah mengembang tunggu masa saja nak bersalin....


Parish and mama.... Adehh rindu la plak....


Up lagi gambar ni macam cantik je, walaupn aku nampak pucat. Lipstick aku dah pudar, gasakla huhu.....



Seni katanya, padahal terbalik....



Our founder of this program, admire sangat cara dia berfikir and bercakap.... 


Smart kan????


Barisan RAA yang hebat2 belaka....


Kambing golek time.... Huhu aku sempat rasa, sori kawan2 yang tak sempat, Parish makan licin ok dengan tulang2 dia gigit... Hebat anak mama makan lamb....


Sian korang tak dapat rasa lamb tula sape suruh borak lagi huhu....



Eiii muka aku dah berkilat....


Yeayyy lamb for Farish please.....


Ibu yang sangat tabah dan kuat... Anda hebat Zara, i know u can do it...


Papa, Parish and game tak dapat dipisahkan....


Parish with new friend, Along... This time tengok dia dah pandai berkawan, tapi still tak pandai kongsi barang dengan orang.... Orang kata macam adik beradik dua orang nih...



This is aur teammate, hope we will success. Everyone, come lets work hard and smart, we can do it. Go AJ go..... 



Selamat hari raya....... Sori la yek, gambar raya saya takde gambar makanan sebab i kalau jumpa makanan ingat nak terkam je, mana ingat nak ambik gambar ke ape dah... Tapi seriously tahun ini aku makan banyak giler lemang, skali timbang seriously nak nangis... OMG what happen to me... 


RAYA 2013

Assalamualaikum.....

 Huhu aci tak crite semua pasal raya dalam 1 entry nih.... Huhu gile lambat update kan... Walaupun hari ni dah 22 Syawal tapi saya tetap nak wish Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin diatas segala ketelanjuran kata mahupun perbuatan yang sengaja atau tidak kepada sesiapa yang ada kaitan dalam blog ini ye...

Tahun ni aku beraya di rumah family in law dulu sebab tahun ni turn sini huhu... Tapi raya kedua malam aku dah chaww balik Penang, aku bukan ape sian dekat mak dan ayah. Raya first memang adik aku ada tapi raya ketiga dah nak balik so kesian la kan, orang lain masih beraya tapi rumah mak ayah aku dah kosong.... So cuti aku start 1 hari sebelum raya, sempat la nak masak2, beli barang untuk rumah in law aku and last minute shopping kan. Tahun ni kami tak buat kerja gila macam tahun sebelum ni di mana, malam raya kami berada di kl ok, shopping dan jalan2. Giler penat dowhhh....

Kejadian yang aku tak boleh lupa raya kali ni adalah, tu haa si Mat Parish, korang nak tau dia seboleh-bolehnya taknak pakai baju melayu yang aku dah tempah untuk dia.... Seriously frust sangat ok, sempat la pakai dalam 5 minit kot, tu pun dia pegang je baju dia taknak lepas kan... Layan la gambar budak bertuah ni.... Harap dah besar nanti tak la cam gini lagi....




Tengok tu punya la tak nak pakai, dia pegang je baju dia tu........



Eiiii cubit kang budak bertuah nihh..... Sayang mama, sayang mama.....

Nak tengok gambar raya kami huhu....


Haha aku tak upload kat fb pun sebab malu, anak aku tak nak pakai baju raya ok... So sepanjang raya dia pakai jeans and t-shirt je ok... Nasib baik beli banyak t-shirt untuk raya ni...

Jommm la layan gambar raya yang ada ni... Time bergambar ni, Parish tido so xde gambar dia sangat. Gambar yang pakai pampers tu dia baru bangun...


Dah besar adik2 ipar ku... Dah bleh geng2 melaram...


Mak bersama anak2nya...


Mak and abah bersama anak2 pompuannya... Semua available except yg baju biru tudung kuning sbb baru kawin huhu..... 


Pengantin lama....



Model baju raya, hangin aku baju raya aku tahun ni, kain dia berkedut seribu even dah 40 kali iron....tensi betulll...


Baby Ulfah, cute gile pakai tudung tapi sekarang tak baby lagi sebab mama dia dah bersalin pulak... hahah...


Masa ni pergi beraya rumah pakcik W. Jai dulu sebab nenek dia ada di situ...


Sesi beramah mesra bersama acik2 W. jai...


Ni la nenek W. Jai, comel kan... huhu


Acik Ain bersama Parish, tengok dari pagi ke malam jeans aje...



Masa ni 2nd day raya, pergi rumah atok W. Jai pulak...Stress baju ni aku nampak gemukkkk....





Adehhh cam malas la pulak nak cite pasal raya dah kite sambung lain kali ek... Aku penatla buat floor plan... huhu konon.... ok la layan la gambar raya ni pulak, yg proper sikit budak kecik ni pakai....



Tuesday 6 August 2013

Nak Raya Dah Wehhhh.....

Assalamualaikum...
Tolak hari ni, tinggal sehari je lagi nak raya hahahha, aku still lagi di office. Dah takde mood nak kerja ni, boss balik sekarang boleh tak huhu......

Sekarang semua orang datang office je confirm wish slamat hari raya.... Lagi la rasa tak sabar nak balik padahal setiap weekend je aku balik.... Kek raya dah siap, cewah harap2 menjadi la kek aku tu. Tahun ni kek tu je la hasil tangan aku, yang lain malas gila nak buat semua beli je. 

Biasa2 je, chocolate mousse cheese cake katenyeeeee.........

Weekend hari tu mak aku datang rumah aku, best gile rasa lepas semua tekanan. Bukan tekanan ape pun just nak borak2 n luahkan perasaan dengan mak. Asik borak je klakor betul, bila cakap je tido la nanti sambung borak lagi, tapi tak tido pun borak aje sampai la aku keluar dari bilik mak baru la tido. Mak datang naik bas tapi kesian mak sebab company bas tu tipu, dia gerak dari bas station jam 9.30 pm tapi berhenti di Juru sampai jam 11.30 pm baru gerak ke KL tu pun lepas tukar bas. Dah lepas sahur baru sampai KL kesian mak sahur dalam bas je. Alhamdulliah selamat... Masa balik aku belikan mak tiket flight je senang, cepat sampai dari nak berebut naik bas la ape la, nak2 time nak raya ni memang macam2 cerita la kan company bas tu, ingat lagi masa zaman belajar dulu aku paling stress naik bas balik kampung time raya. Kang bas takde air cond la, tiba2 seat kita ada orang la, tukar bas la. Pernah sekali tu aku tertido, sedar2 je dah kt Sg. Petani. Kurang asam betul rupanya bas tu pergi banyak tempat so aku terlepas la. Dah satu hal pulak naik teksi pergi Penang. Giler betul. Wehhh Malindo Air tengah promo giler murah tiket flight dia, jom g jenjalan jommm.....

Tengah hari Sabtu tu aku dengan mak memang dah plan nak shopping sebab aku tak beli baju raya lagi. Hahaha aku rasa mak aku risau sebab baju raya aku takde lagi. Sebenarnya memang nak beli tapi tu la asik takde saiz n tak bekenan je. Hari tu memang nak tak nak kene beli gak la kang membebel lak mak aku. Yang mana aku bekenan aku beli la, skali yang mak bekenan dia beli gak suruh aku pakai. Mak la mak, dari dulu gitu, kalu ade yang dia bekenan mesti kene beli gak pastu paksa aku pakai, tapi aku suka je sebab banyak la baju raya aku. 

Haritu kitaorang buka kat steamboat je, Wak Jai dari hari tu dok nyanti nak steamboat nak steamboat, aku cukup malas steamboat time puasa2 ni sebab slalunya memang penuh  gile orang. Memang rezeki kitaorang la masa book tu dah nak dekat full house dah tinggal lagi 2 table je. 


Adeh blur lak gambarnye....... Banyak gile makanan tapi desert tak berapa best la kt steamboat 13 ni, best lagi dekat flaming.


Ni pulak time buka ngan kawan2, orang belanja huhu tq Emy and Eric, kenyang gila.....

Okla seriously takde mood ni, bye semua Slamat Hari Raya Maaf Zahir Batin, kalau ada terkasar bahasa ke pe maaf kan saya ye, saya hamba yang serba kekurangan...


Bye semua, slamat menyambut Aidilfitri di mana pun anda berada sama ada di kampung, di hospital, di office, di jalan raya, di border dan slamat menjalankan tugas jugak bagi yang bekerja time raya, uollss cool beb...... Besar pahala korang....

Thursday 1 August 2013

Ujai Junior 2 years 7 months

Assalamualaikum......

Just nak update pasal my son punya perkembangan. Rasa macam cepat sangat masa berlalu dan cepat sangat dia growth tanpa aku sedar, just like eh dia dah pandai ni, eh dia dah pandai tu... Allahuakbar cepat sangat masa berlalu.... 

Boleh kata every weekend je, kami akan balik rumah kami. Niat aku untuk duduk rumah sendiri just nak eratkan lagi relationship between kami. Harap sape2 pn fahamla, kami ni weekend je baru jumpa, nak cerita, nak bincang, nak marah, nak tegur, nak merajuk, nak ape2 pn time ni la. So, masa tu sangat terhad la. Tengok Farish pn happy je bila balik rumah kami so aku rasa ok la kan. Bila lagi anak nak kenal mak n bapak dia kan, bila hanya kami saje so rase sangat close la. Baru la aku rasa macam satu family. 

Hrmmmmm sudah2, nak crita pasal budak tu je sebenarnya.... Sekarang kalau balik rumah kami je rutin dia main football, main lego, main basikal, main kejar2, tolong aku masak, basuh kain, basuh pinggan dan sidai kain, baca buku (tengok gambar je), makan-makan and tidoq di bilik (kat lain tak nak, kat bilik je nak tido).

Mulut dia MasyaAllah boleh tahan bisingnya. Sebelah rumah aku tu semua anak ramai tapi aku rasa sunyi je kadang2 je dengar budak nangis ke pe. Tapi rumah kitaorang sentiasa bising ok dan hanya sunyi bila dia tido.


Ni time lengkap berpakaian kan, jap gi tengok ye.... baju ke mana kasut ke mana.....


Ni lego yang dia slalu buat, giraffe, chicken and dog kalau dia dah blur aku la yang kene buatnye.....


Haaaa kan, seluar dah hilang, kasut tah ke mana.....


Ni dah penat so lepak tengok tv dulu and minum air....


Kasut ni beli mahal2 dia buat main football je weh, nangis aku time jalan ``nanak akai, xuke``.....Waghhhhhh sampai ati Ayishhhhh.....






Mama tolongla, bukak seluar ni.......


Malam tu dia tido mcam biasa slagi tak pukul 2 3 pagi tak sah, dan pagi tu bangun pukul 12 tgh hari, aku try kejutkan dia pukul 11 pagi pastu angkat pergi kat depan tv, konon bercerita la kat dia pasal cerita cartoon tu skali tengok dia tido balik haha, bleh gitu.....anak la anak.....

Tengok gambar bawah ni, ni kejadian pagi sabtu lepas tak silap, aku tengah menyapu kat depan sekali dengar dia jerit ``Mamaaaaaaa, ambut Ayish!!!!!!``... Hahahahahah aku tengok dia aku gelak besar....... Dia sengeh2 je.... Aku tanye la camne boleh jadi camtu, dia kata ``Ayish main thomas train ni, pastu masuk ambut Ayish``..... Hahahah kelakar gila..... Banyak ok rambut dia dalam tayar train tu, train tu kan guna bateri, so dia akan pusing ke depan je, ke belakang tak boleh. So bergulung-gulungla rambut dia dalam tu....Kahkahkah adoiiiii la Ayish Ayishhhh.... Diala penghibur aku sekarang tapi tu la, weekend je la dapat dengan dia....




Haaa nampak rambut dia yg masuk dalam tu.... Aku tarik2 tak boleh, sampai dia cakap akit laaaa.... At last aku gunting je rambut tu.... So terpendek la sikit kt tengah rambut dia tu...

Ok la takde mood la nak cerita dah.... Nak balik macam boring pulak, housemate aku buka dengan office-mate dia, aku kalau dok rumah memang tinggal sorang la. Aku nak ajak member buka kat luar la.... Macam ramai sangat member ko kan..... Hahahahah ok la cau la ekkkk.....