Thursday 1 November 2012

TELUR

Assalamualaikum...
Kenapa telur, hihi sebab anak aku lately suka makan telur, so im a bit worried if cholesterol intake dia too high....
Tapi masa blajar dulu aku mmg tau telur ni bagus dia sgt complete dgn nutrient dia segala vitamin, mineral & protein bagai....tp aku dh lupa da al maklumla abis je study buku pn tutup tak bukak2 dh, very da tak bagus...blk kg nanti nak ambik blk la semua buku2 masa aku study dulu tu....   
(ni info aku paste dr blog mutiara hati) 
Secara zahirnya, telur terbahagi kepada dua bahagian, iaitu bahagian putih (albumin) dan kuning (egg yolk).Sebiji telur ayam mengandungi lebih kurang 10% cangkerang, 30% kuning telur dan 60% albumen (mengikut berat). 
 
Kandungan kimia telur ayam, telur itik dan telur puyuh tidak terlalu berbeza di antara satu dengan lain, kecuali kandungn kolestrol telur itik adalah tinggi sedikit iaitu lebih kurang 16.20 mg bagi setiap gram kuning telur. (mak ai mak jgn mkn telur itik byk2 dh pasni ye). Kandungan telur kaya dengan protein, vitamin dan lemak yang mudah dihadam. Telur juga merupakan punca mineral perlu dan mengandungi kalori yang rendah. Nilai pemakanan telur tidak bergantung kepada warna cangkerangnya.
 Bahagian putih ini mengandungi protein-albumin dan tidak mengandungi vitamin larut lemak. Apa yang agak unik ialah ia mengandungi sejenis lagi protein yang dipanggil ‘avidin’, iaitu sejenis bahan antibiotic semulajadi yang amat berguna untuk melawan jangkitan mikro organisma yang dapat merosakkan telur itu. Antibiotik ini wujud bersama-sama dengan biotin dan akan musnah apabila dimasak. Kadar lemak dan kalori dalam telur adalah rendah tetapi ia kaya dengan sumber protein dan vitamin A.

Bahagian kuning telur merupakan makanan yang mengandungi zat yang berbagai dan seimbang. Selain kolesterol, ia mengandungi banyak zat-zat makanan yang penting. Di antaranya ialah 67 mg sulfur atau 8% daripada keperluan kita seharian. Jumlah ini bukan mudah untuk kita perolehi dalam lain-lain makanan.

Sebiji telur juga mengandungi :
  • 0.7 mg zink
  • 1.2 mg besi
  • 5.5 mg magnesium
  • 16 mg inositol
  • 27 mg kalsium
  • 76 mg potassium
  • 253 mg choline
  • 100 mg fosforus
  • 590 unit vitamin A
Selain daripada yang disebutkan di atas, telur juga mengandungi :
  • lecithin,
  • tryptophan,
  • pyridoxine (B6),
  • biotin,
  • asid folik,
  • riboflavin (B2),
  • thiamin (B1),
  • asid pantotenik (B5),
  • selenium,
  • asid amino,
  • methionin
  • cystin.

Khasiat mencukupi

Telur ayam adalah satu-satunya makanan semulajadi yang sangat berkhasiat dan juga antara sumber protein yang paling baik di muka bumi. Dalam tiga daripada empat kaedah saintifik yang lazim diguna untuk mengukur kualiti protein, telur memperoleh skor yang jauh lebih tinggi daripada sumber-sumber protein lain seperti susu, daging lembu, whey dan soya.

Sebab inilah, telur boleh dianggap sebagai makanan yang ideal untuk setiap orang. Sumber-sumber proteinnya mencukupi dan nisbah sumber-sumber galiannya juga telah cukup sempurna untuk tumbesaran.

Kita sering mendengar tentang hubungan kolesterol jahat dengan telur. Adalah diakui bahawa kandungan kolesterol di dalam sebiji telur sangat tinggi, iaitu 275 mg. Tubuh badan kita memerlukan kira-kira 800 mg kolesterol sehari. Kebanyakan orang takut memakan telur kerana kolesetrol tetapi sebenarnya choline dan phosphytidylcholine dalam kuning telur membantu mengelak longgokan kolesterol dan lemak dalam hati dan pembuluh darah. Choline juga membentuk metabolite dipanggil betaine yang berfungsi mengurangkan homocystin, salah faktor penyebab serangan sakit jantung.

Seseorang yang tidak memakan telur atau daging mungkin akan mengambil kira-kira 200 mg kolesterol sehari. Jika dia mengambil susu skim dan Margerin sayuran, jumlah pengambilan kolesterolnya rendah, iaitu antara 100-150 mg sehari. Jumlah kandungan kolesterol dalam telur belum dapat dibuktikan lagi mudaratnya. Tambahan pula, badan manusia akan membina kolesterol ini lebih kurang 1-2 mg sehari (kira-kira 4-8 biji telur). Semestinya, kolesterol (jika tidak diambil berlebihan) bukanlah bahan yang perlu ditakuti, tetapi sebagai sumber yang perlu untuk pertumbuhan badan dan membantu mengukuhkan lagi sistem ketahanan badan.

Makan telur semata-mata tidak akan menyebabkan kita sakit jantung tetapi kemungkinan besarnya adalah disebabkan oleh diet yang tidak seimbang atau tidak ketentuan kandungan dan masanya. Menurut Harvard Medical School Guide to Healthy Eating tidak pernah ada penyelidikan yang menunjukkan bahawa orang memakan telur dengan banyak mendapat lebih banyak serangan sakit jantung daripada orang yang memakan sedikit telur.

Zat-zat makanan seperti vitamin C, niasin, magnesium, zink, kromium, lecithin dan beberapa faktor lain seperti karbohidrat serta senaman yang kerap boleh mengekalkan tahap kolesterol pada kadar yang seimbang dengan menggunakan badan dan mengelakkan daripada penyakit atherosclerosis, di mana pembuluh darah tersumbat dan menimbulkan berbagai kesulitan.

Tahap kolesterol dalam darah menjadi tinggi mungkin disebabkan oleh diet yang kebanyakkannya terdiri dari makanan ringan yang telah diproses (refined junk food). Dari beberapa kes klinikal, didapati pesakit-pesakit ‘rheumatoid arthritis’ memerlukan dua biji telur sehari dan kebiasanya, pesakit-pesakit ini tidak suka makan telur. Mereka yang menghidap ‘hypoglecemia’ pula memerlukan lebih banyak telur sebagai pengalas perut.

Choline di dalam kuning telur juga diperlukan untuk membentuk ‘neurotransmitter’ Acettylcholine yang sangat mustahak untuk daya ingatan (memory) dan pemikiran (thought) dan melindungi kita daripada nyanyuk termasuk penyakit Alzheimer. Jadi, telur, seperti ikan adalah makanan otak! Oleh kerana phosphatidylcholine bahan asas membran sel dan kebanyakan metabolisma dalam hati berlaku di membran sel, ianya membantu melindungi hati daripada pelbagai jenis toksin.

Menurut pengarang buku Eye Care Naturally, Dr. Michael Geiger dari New York, Lutein yang terdapat dalam bahagian dalaman mata (retina) khususnya “macula” melindungi mata daripada kesan buruk high energy blue wavelengths dalam matahari dan lampu rumah. Kandungan sulfur yang tinggi dalam kuning telur juga menyebabkan orang nampak anggun kerana rambut dan kuku mereka yang sihat dan cantik.

Satu kajian yang dimuatkan dalam Jurnal Cancer Epidemilogy Biomarkers and Prevention keluaran Januari 2005 tentang kanser payu dara di kalangan orang perempuan Cina yang berhijrah dari Cina ke Hong Kong dan seterusnya di Amerika Syarikat mendapati :
  • Mereka yang memakan banyak sayur dan buah-buahan kurang mendapat kanser payu dara – tiada kejutan tentang fakta ini.
  • Mereka yang memakan banyak telur ayam juga kurang kemungkinan mendapat kanser payu dara. Yang memakan enam biji telur seminggu dibanding dengan mereka yang memakan dua biji telur seminggu didapati merendahkan risiko kanser sebanyak 44%!
So, tunggu ape lg jom makan telur....Better telur tu rebus ok jgn goreng2 not so good rite...Hope anak aku lebih sihat, kuat & smart sebab makan telur hihi...

No comments:

Post a Comment

Jemputla komen...