Thursday 21 February 2013

Mak dan Ayah Kita

Assalamualaikum....
(entry terperuk,lupa nak publish)

Sebelum sindrom pelupa aku datang better aku crita kat sini pasal satu kisah yang sangat tersentuh dalam hati aku. Cuti CNY last week W. Jai, Parish dan aku balik kampung, mana lagi kalau bukan Lik Lau. Apa aktiviti2 kami di sana nanti aku crita, ni nak crita pasal kasih anak-anak terhadap ayah dan mak.

Kami bertolak dari Klang jam 12.00 malam so sampai juru dalam 5.00 pagi, stop jap dekat RnR Juru membuta la kami 3 branak sebab W. Jai ngantuk sangat dah. Dalam pukul 8 pagi aku kejut W. Jai untuk teruskan perjalanan. Agak2 la kan ingat tido kat hotel ke, dah 3 jam dah tido tu. Drive balik sampai la kampung aku. Dah jumpa mak dan ayah aku semua then makan2, W. Jai dan Parish ngantuk lagi. So, aku tidokan dua dua skali sebab aku nak pergi jalan2 jap ngan mak aku. Eh tipu W. Jai tido sendiri la, dah tua pandai la ko nak tido kan.

 Mak aku bawak aku pergi tengok tapak rumah yang baru nak naik kat belah atas dari rumah mak aku tu. Dah tengok2 tu mak ajak singgah rumah saudara aku yang baru kematian suami. Aku kenal sangat suami dia ni, sakit macam2 dah hampir 20 tahun tak silap aku dia menderita sakit ni. Sakit buah pinggang, diabetes, HBP and macam2 lagi la. Nak jalan pon dah tak larat, guna wheel chair je. Tapi arwah ni sangat peramah, walaupun sakit dia sangat suka layan tetamu. mulut dia tu macam2 la nak dibualkan dengan kita. Terasa la sunyi masa mak dan aku datang tu. Aku ingat datang nak wish takziah je la, sebab aku tak boleh balik masa arwah meninggal.

Masa duduk2 tu saudara aku tu pon crita la, dia kata dia rasa sunyi sangat, ye la sebelum ni dekat 20 tahun dia jaga suami dia yg sakit tu, tiba2 dah takde memang la trasa kan. Dia ada 4 orang anak lelaki, perempuan takde. Dia crita dia bersyukur sangat dengan 4 orang anak dia ni, keempat empat anak dia ni sangat ambil berat pasal arwah, walaupon semua tak duduk skali dengan dia dan arwah tapi tiap2 hari akan datang jengok ayah diaorang. Tiap2 hari diaorang akan berebut bila tiap kali kene hantar arwah pergi hospital atau pergi buat dialisis. Masing2 stanby kereta ajak ayah diaorang pergi hospital. Selalu bual-bual dengan ayah diaorang sambil ketawa2. Si ayah cakap je nak makan ape nak pergi mana masing2 berebut nak hantar. MasyaAllah aku dengar rase macam nak nangis diaorang layan ayah diaorang yang tengah sakit tu macam raja. Bayangkan dekat 20 tahun sakit, si anak2 tak pernah jemu melayan ayah diaorang.

Dalam hati aku berkata, kalau la mak atau ayah aku sakit mampukah aku dan adik2 aku buat perkara yang sama macam diaorang buat. Even dah meninggal ni pun anak2 arwah still bergilir2 pergi ke kubur arwah bacakan ayat suci Quran. Diaorang pun slalu ingatkan mak diaorang jangan lupa doakan dan sedekahkan ayat Quran untuk ayah diaorang.

Yang aku kagum sangat is cara diaorang sayang ibu bapa diaorang tu, ingat senang ke kita nak luangkan masa kita yang macam2 nak dibuatkan tu dengan orang yang dah banyak sangat berjasa dengan kita. Aku tak kata orang lain la, aku sendiri pun kadang2 lupa dan lalai. Aku berharap bila dah sampai masa mak dan ayah aku diambil olehNya nanti aku nak adik2 dan aku ada bersama dengan diaorang, nak buat macam mana 4 beradik ni buat. Aku percaya kalau niat kita baik Insya Allah tuhan tunjukkan jalan macam mana kita nak buat perkara baik tu. Mak ayah ni biasala masa diaorang sihat ni kadang2 niat dia nak tegur kita tapi kita plak yang terasa lebih. Tak boleh ditegur sikit, maklumla blajar pandai sikit dari mak ayah, mula la ingat ala mak ayah apa tau, aku lagi pandai dari diaorang. Ish ish ish tak baik betul. Kalau aku yang pergi dulu plak aku nak anak, suami, mak dan ayah aku ada. Ish takut plak cakap bab mati ni, sesungguhnya ajal maut itu ditangan Tuhan.

Apa2 pun Al Fatihah untuk arwah, smoga arwah tenang di sana...

 (ihsan dari en. google)

No comments:

Post a Comment

Jemputla komen...