Wednesday 17 July 2013

Turun 1 kg dan audit

Assalamualaikum....

Haha tajuk tah ape2 kan. Aku malas nak jadikan dia 2 entries so combine saje. Mula2 nak bagitau yang aku baru je timbang tadi and surprisingly aku turun 1 kg dalam masa seminggu hahha.... Maybe sebab puasa kot and ade la practice sikit2 healthy diet, kononnye laaaa... Aku masa buka confirm kena ada nasi sebab takut tengah malam kang aku cari nasi pulak. So, normally masa buka adalah nasi kerabu with extra sayur, air masak atau kadang2 air manis, kuih pun kadang2 jugak kalau teringin sangat je and kalau malam agak2 lapar makan buah apple ke, pear ke atau orange ke. Then, sahur dah 2 @ 3 kali dah practice makan biskut wholemeal cicah milo + oat. Agak2 calories untuk buka dan sahur aku dalam kurang 1000 la, sebab tu la cepat turun biasa aku diet 1200 cal untuk 1/2 kg turun. Ape2 je la, ni selera tak berapa ade boleh la kau sembang, kang minggu depan itu ini nak makan abis bukan turun lagi naik ade. Mission aku sebenarnya nak turunkan 5 kg untuk puasa ni.... Hahahhahahah boleh ke yek, takut hangat2 tahi ayam je..... Ok la sekian saje crita pasal 1 kg ku.

Sekarang nak crita pasal audit pulak, haishhhhh stress mak tau 2 3 ari ni. Dalam kepala dok fikir audit audit audit je... Macam mana aku nak mengadap auditor tu 2 hari berturut2. Lelaki pulak tu, ya Allah semoga semuanya berjalan lancar la yek. Aku try buat yang terbaik la, aku jenis yang suka complete tapi perfect tu tak jamin la. Hope everything complete la. Sebenarnya tarikh audit tu adalah tarikh mak ayah aku balik dari umrah. Adeh, tak dapat nak jemput diaorang nanti, adik aku pun kene kerja, sian diaorang balik nanti naik cab je dari airport. Sian betulla, ikut kan nak la jemput diaorang kan tapi nak buat camne tugas demi negara... Hahahha cewah cam askar pulak...   


Mak dan ayah yang semangat gila nak pergi umrah.


Sama tak??? Hahaha apesal pipi aku lagi lebar dari mak ni, oh nooooooo......


Diorang ni payah nak bergambar, malu2 konon...


Time ni rasenye dah pukul 2 @ 3 pagi, budak ni main train dia tak abis,2..... Parish Parish....


Dia kalau main mainan, dia akan susun camni kiranya semua tengah parking la tu.


Ni nak pergi kedai dengan dia, ishhh tak sanggup tengok pipi i.....


Hi, sy Dr. Su kalau sakit sila jumpa saya ok.... Hihihi poyooooo.... Kla bye nak settle kn hal audit ni, makkkkkk tolongggggggggggg....... 




No comments:

Post a Comment

Jemputla komen...