Tuesday, 6 August 2013

Nak Raya Dah Wehhhh.....

Assalamualaikum...
Tolak hari ni, tinggal sehari je lagi nak raya hahahha, aku still lagi di office. Dah takde mood nak kerja ni, boss balik sekarang boleh tak huhu......

Sekarang semua orang datang office je confirm wish slamat hari raya.... Lagi la rasa tak sabar nak balik padahal setiap weekend je aku balik.... Kek raya dah siap, cewah harap2 menjadi la kek aku tu. Tahun ni kek tu je la hasil tangan aku, yang lain malas gila nak buat semua beli je. 

Biasa2 je, chocolate mousse cheese cake katenyeeeee.........

Weekend hari tu mak aku datang rumah aku, best gile rasa lepas semua tekanan. Bukan tekanan ape pun just nak borak2 n luahkan perasaan dengan mak. Asik borak je klakor betul, bila cakap je tido la nanti sambung borak lagi, tapi tak tido pun borak aje sampai la aku keluar dari bilik mak baru la tido. Mak datang naik bas tapi kesian mak sebab company bas tu tipu, dia gerak dari bas station jam 9.30 pm tapi berhenti di Juru sampai jam 11.30 pm baru gerak ke KL tu pun lepas tukar bas. Dah lepas sahur baru sampai KL kesian mak sahur dalam bas je. Alhamdulliah selamat... Masa balik aku belikan mak tiket flight je senang, cepat sampai dari nak berebut naik bas la ape la, nak2 time nak raya ni memang macam2 cerita la kan company bas tu, ingat lagi masa zaman belajar dulu aku paling stress naik bas balik kampung time raya. Kang bas takde air cond la, tiba2 seat kita ada orang la, tukar bas la. Pernah sekali tu aku tertido, sedar2 je dah kt Sg. Petani. Kurang asam betul rupanya bas tu pergi banyak tempat so aku terlepas la. Dah satu hal pulak naik teksi pergi Penang. Giler betul. Wehhh Malindo Air tengah promo giler murah tiket flight dia, jom g jenjalan jommm.....

Tengah hari Sabtu tu aku dengan mak memang dah plan nak shopping sebab aku tak beli baju raya lagi. Hahaha aku rasa mak aku risau sebab baju raya aku takde lagi. Sebenarnya memang nak beli tapi tu la asik takde saiz n tak bekenan je. Hari tu memang nak tak nak kene beli gak la kang membebel lak mak aku. Yang mana aku bekenan aku beli la, skali yang mak bekenan dia beli gak suruh aku pakai. Mak la mak, dari dulu gitu, kalu ade yang dia bekenan mesti kene beli gak pastu paksa aku pakai, tapi aku suka je sebab banyak la baju raya aku. 

Haritu kitaorang buka kat steamboat je, Wak Jai dari hari tu dok nyanti nak steamboat nak steamboat, aku cukup malas steamboat time puasa2 ni sebab slalunya memang penuh  gile orang. Memang rezeki kitaorang la masa book tu dah nak dekat full house dah tinggal lagi 2 table je. 


Adeh blur lak gambarnye....... Banyak gile makanan tapi desert tak berapa best la kt steamboat 13 ni, best lagi dekat flaming.


Ni pulak time buka ngan kawan2, orang belanja huhu tq Emy and Eric, kenyang gila.....

Okla seriously takde mood ni, bye semua Slamat Hari Raya Maaf Zahir Batin, kalau ada terkasar bahasa ke pe maaf kan saya ye, saya hamba yang serba kekurangan...


Bye semua, slamat menyambut Aidilfitri di mana pun anda berada sama ada di kampung, di hospital, di office, di jalan raya, di border dan slamat menjalankan tugas jugak bagi yang bekerja time raya, uollss cool beb...... Besar pahala korang....