Tuesday, 2 October 2012

Steamboat Nyum Nyum

Assalamualaikum...

Haritu lama dah, aku teringin sangat makan steamboat buffet last makan dengan adik n family dia, mak,W. Jai dan aku kt Sg. Buloh. Aku ajak W. jai pergi Flaming Steamboat Buffet. Mula dia macam tak setuju, mcm2 la aku lobi dia ade beratus jenis steamboat la, sos dia sedap la, tomyam dia sedap la.

Last2 hihi dapat gak pergi makan situ. Tapi bukan yang dekat Sunway tu, kat Shah Alam section 23 tak silap aku. Ok la, not bad ramai gak customer kat situ tapi tak la crowded sangat mcm kat sunway. Aku suka tenang je nak makan, takde la belanggar2 bontot bagai. Seafood dia pun banyak takyah nak berebut2. 

Dengan slumbernye lepas baca doa aku bagi farish makan crab, squid, prawn bagai, sambil dalam hati berdoa jangan la dia allergic ke pe. Alhamdulillah takde effect kat dia. 


W. Jai melantak seafood mcm takde hari esok. Aku suka mee2 dia, mee calor hijau tu mee bayam kot sedap makan dengan tomyam letak seafood sikit....Aduiii teringat plak dah bila nak pergi lagi ni. Kalu bleh aku nak try kat lain plak.

Bleh kata semua benda aku mkn, paling best dessert dia marshmallow celop chocolate dan chocolate chip ice cream. Aku makan dengan Parish, 2 kali tambah tu. W. Jai layan seafood je, dessert2 semua tak nak dah.Rugi betul.....

Masa makan dengan adik, mak dan kitaorg tu dia ade BBQ skali, aku rase tak puas sebab banyak seafood dah habis dan dessert tak syok sangat tapi ni memang puas hati la.