Tuesday 26 March 2013

5 minit yang mendebarkan

Assalamualaikum....

Sabtu lepas W. Jai dan aku dah plan nak pergi kenduri kawin saudara aku kat Rawang. Serious macam malas nak pergi lagipun ada program AJ di Kuantan. Tapi since aku dah janji dengan sedara aku ni so terpaksa la jugak pergi. Dia memang beria ajak, bila aku kata InsyaAllah datang dia macam `eh datang tau, acik tunggu ko`. Alaaa dia sampai dah ajak camtu aku memang takde alasan lagi nak cakap la.

So, Sabtu tu dalam jam 11 pagi, kami ikut Latar, tup tup dah sampai, aku memang bajet japgi sesat la pe la sebab aku tak ingat jalan langsung, even dah 4 5 kali aku datang rumah dia masa aku kecik-kecik dulu la. Memang takde la gambar kenduri ke mende sebab anak i is tak bleh duduk diam. Dia macam resah je, hishhhh geram betul. Sebelum ni ok je tapi sejak dua menjak ni dia macam tak suka pergi kenduri. Lepas makan semua, salam2 dengan sedara aku pun mintak diri dulu dengan alasan anak tak nak duduk dah.... hihi bagus bleh balik awal. Tapi aku memang tak nyesal pergi sebab saudara aku tu cakap dia hargai sangat aku datang, rupanya aku ni kira wakil dari Penang la, sebab dari Penang sorang pon takde datang. Sedara kat Rawang ni kira slalu turun Penang la kalu de kenduri ke ape, so tiba2 rase wahhhh aku penyelamat....

Eh nak crita pasal 5 minit tu sebenarnya tapi melalut crita kenduri plak. Ok lepas kenduri tu kami tak balik terus, kami singgah ke Mydin USJ. Terjadi la peristiwa yang tak akan aku lupakan seumur hidup aku, serious amat menakutkan seumur hidup aku jugak. 

Crita nya gini, macam biasala masuk hypermarket tu aku ngan W. jai  biasa akan jalan sekali la, tah macam mana sampai ke tempat barang basah W. Jai g tempat beras aku g tempat barang2 beku, masa tu aku tengok Parish dengan pa dia, so aku bajet W. Jai tau la yang anak dia dengan dia. Lepas lebih kurang 10 minit aku ambik drummet, sausage dengan wedges aku pergi tempat beras. Aku tanye W. Jai, mana Parish???? Dia cakap tak tau, dengan syg kan tadi?????.... Hah sudah serious aku rasa nak pitam, nak nangis semua ada...... MANA ANAK AKU?????? YA ALLAH apa aku nak buat ni..... Aku campak semua barang, aku cari dia tempat yang last aku nampak dia.... TAK ADE..... Aku lari sana, aku lari sini tak nampak kelibat dia.....  10 minit tu macam2 boleh jadi kot.... Aku try bertenang dan try dengar suara dia kot2 dia nangis ke ape..... Tak dengar sebab bising..... Pastu aku jerit, aku tak kisah dah orang pandang aku ke ape... Aku jerit Parishhhhhhhhhhh...... Parishhhhhhhh.... Parishhhhhhhhh.......... Pastu aku dengar macam suara budak...... Mamaaaaaaa...... Mamaaaaaaaaaaa.......... Mamaaaaaaaaaaa.......... Aku lari kat tempat coklat2, tiba2 aku nampak dia dengan tangan kiri pegang coklat tangan kanan tekup telinga dia sambil jerit Mamaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....... Aku terus dukung, hug dan kiss dia. Terima kasih Ya Allah kerana masih bagi aku masa untuk bersama dia.... Lepas je jumpa dia balik, W. Jai ngan aku gilir2 dukung je dia sepanjang dalam Mydin tu walaupun rase sengal tangan ngan pinggang ni. Sampai la dia tertido masa aku pilih2 sayur. Masa tu hujan lebat gila, hujan rahmat agaknya.

Aku rasa seumur hidup aku incident ni adalah yang paling gila takut, cuak, fobia semua la.... Hilang anak kot... Dia terpisah dengan kitaorang maybe dah 10 minit, pastu baru aku sedar pulak tu..... Masa tu aku dah bayang dah muka aku masuk paper dengan tajuk `Ibu yang cuai menjaga anak di Mydin`... Abis kuar kat fb, tv radio semua muka aku.... Pastu orang salahkan aku tak pandai jaga anak, eiiiii ya Allah mintak simpang la. Nasib baik Allah lindungi dia.... Dalam tempoh 5 minit mencari tu adalah yang tak akan aku lupa seumur hidup..... Allah nak ingatkan aku supaya jangan cuai dalam menjaga dia agaknya.... InsyaAllah lepas ini aku akan lebih beware dalam menjaga satu satunya (buat masa ni) harta dunia akhirat yang aku ada tu. Thank you so much ya Allah....

peribadisurianiblogspot.com
Tak dapat bayangkan kalau apa2 jadi kat dia............ Permata hati dan jiwa......

Rilek je g lepak kat meja pengantin orang....

Heppppp diam2, tangkap dan dukung saja la......












No comments:

Post a Comment

Jemputla komen...