Friday 29 March 2013

Jom Berkongsi

Assalamualaikum.....

Salam Jumaat semua. Hihi nampaknya blog ini hanya berupdate pada hari Jumaat saja la. Kenapa??? Sebab hari ni mood pun ok, keje pun xsemak sangat kepala, biasanya akan rasa sedikit tenang pada hari Jumaat ni la...

Sebenarnya hari lain pun rasa macam nak tulis tapi ntah xsempat la, penatla, yang paling tepat sekali adalah mim alip lam alip sin malas....hahaha

Dulu-dulu kan aku slalu pikir kalau satu hari tu aku banyak sangat gelak dan suka-suka kan for sure lepas tu aku akan nangis kire macam, balasan la ko nak gelak sangat kan, haaa amik ni nangis puas-puas pulak... Kerap pulak tu, apa yang aku pikir tu memang betul-betul jadi... Maknanya satu hari ko ketawa puas-puas, esok lusa ko akan nangis puas-puas pulak.... Rupa-rupanya kenapa perkara tu berlaku, ia adalah disebabkan kita yang pikir, kita yg nak perkara tu terjadi, so jadi lah perkara tu. sebab tu bila kita cakap, sekarang aku ketawa haa jap lagi aku mesti nangis... at the end memang betul kita nangis, sebab apa??? Sebab itu yang kita nak... 

Aku nak share sikit ye, orang kata kalu nak sesuatu tu kekal dalam ingatan kita kita kena share dengan orang lain:
Aku pernah dengar sorang partner dalam AJ ni cakap (dia ni motivator ke counselor ke aku tak sure tapi aku memang suka sangat dengar dia cakap) contohnya kalau kita cakap AKU TAK NAK CANCER, sebenarnya apa yang diproses dalam otak kita adalah, aku is diri kita sendiri, tak nak otak kita tak bleh identify what is tak nak so no meaning, and cancer is penyakit which is serious disease. So, otak kita kan clarify dia as AKU CANCER so kita akan dapat cancer tu....

See dia jadi terbalik pulak kan... So, apa yang kita kena selalu cakap adalah AKU SIHAT. So everyday kita kena cakap kat diri kita AKU SIHAT AKU SIHAT AKU SIHAT AKU SIHAT AKU SIHAT AKU SIHAT AKU SIHAT AKU SIHAT.....

 Bagi pemahaman aku kira as a conclusion nya la ye, cewah macam zaman belajar dulu lak ending must have conclusion, internal strength is the key of our life. Whether to fail or to succeed it`s depend on us, but must be balance with Doa and Usaha and not to forget Tawakal... InsyaAllah semua pun boleh... 

Pasal ketawa pulak sebenarnya dalam Islam ada cara macam mana nak ketawa kan, tapi aku kalau ketawa mana ada had-had kan, sorang-sorang pun bleh ketawa macam malam tadi tengok tv cerita senario dengan bang bang bommm, kelakar sikit je tapi aku ketawa macam nak gila... Astagfirullahhalazim....

(copy from : saljufirdausi.blogspot.com)
HUKUM KETAWA
Menurut Dr Yusof Qardhawi, "Sesungguhnya, tertawa itu termasuk tabiat manusia. Binatang tidak dapat tertawa kerana tertawa itu datang setelah memahami dan mengetahui ucapan yang didengar atau sikap dari gerakan yang dilihat, sehingga ia tertawa kerananya." Melihat kepada pendapat di atas, hukum tertawa adalah boleh. Islam tidak melarang seseorang itu untuk berseronok dengan melawak dan bergelak ketawa.



Menurut Yahya bin Muadz ar-Razi, ada empat perkara yang akan menghilangkan tawa di bibir seorang Mukmin iaitu :
1) Kerana memikirkan akhirat.
2) Kesibukan mencari keperluan hidup.
3) Risau memikirkan dosa.
4)Apabila tibanya musibah dan bala.

CARA NABI KETAWA..
- Dengan cara melontarkan senyuman yang menarik.- Tidak tertawa, kecuali apabila berhubung dengan kebenaran.Tidak berlebihan dalam tertawanya hingga tubuh bergoyang-goyang atau tubuh miring atau hingga terlihat langit-langit Baginda.Bukan berupa hal yang sia-sia, atau permainan semata-mata atau hanya sekadar untuk mengisi waktu lapang.* Ada riwayat yang meunujukkan bahawa kebanyakan ketawa Baginda ialah dengan tersenyum, dan apabila Baginda ketawa, Baginda ketawa seperti embun yang dingin. Sementara itu, ada juga riwayat yang menyebut bahawa Rasulullah ketawa dengan tidak menunjukkan gigi.


(also copy from : saljufirdausi.blogspot.com)

Tajuk entry Jom Berkongsi, kongsi info sebenarnya saja bagi orang tertanya-tanya hihi .... k bai lalalalalala....






No comments:

Post a Comment

Jemputla komen...